Pages

Thursday, December 9, 2010

IT`s Okay~

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua yg membaca post ini iaitu kenapa kita tidak seharusnya bersedih apabila dilanda suatu musibah, dan kesedihan??? Semua yang berlaku ada hikmahnya.. Sesetengah orang bila dia kecewa, sedih, marah, dengki ,..mereka selalu mengeluarkan kata-kata kesat dan memburukkan seseorang untuk menghilangkan tekanan.. sebenarnya perkara seperti ini tidak membawa erti atau kebaikan sebesar zarah pun tetapi akan merugikan diri sendiri. Hati kita tidak tenang dan munculnya sikap benci yang tidak membawa apa-apa keuntungan malah menambahkan dosa. Bersabarlah.. biarlah setiap yang berlaku itu dilepaskan dengan hati tenang dan menjawabnya.. IT`S Ok... Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Tuhan tidak akan sesekali menguji seseorang hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu di pikul oleh hambanYa.. ketahuilah dengan adanya pengalaman yang pahit, membuatkan kita menjadi lebih tabah dan bersyukur kerana tuhan memandang kita dan kita perlu membuktikan bahawa kita kuat dan masih boleh tersenyum apabila diuji.. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi. Jangan sesekali menyalahkan takdir atas sesuatu perkara yang berlaku.
Kawan-kawan....
Ketahuilah..
Kita akan rugi jika kita bersendirian, bersedih tanpa melakukan apa-apa yang berfaedah untuk diri kita.. masa depan kita bergantung kepada apa yang kita lakukan sekarang! Jika kita terus bersedih, adakah kita akan maju dan akan mempunyai masa depan yang cerah pada masa akan datang???

Fikir-fikirkanlah.. kita yang menentukan corak kehidupan kita sendiri... baik atau buruk?? Tepuk dada tanye iman.. ;)

'Everytime you worry about being a burden it sounds like you’re asking to be left alone. Why can’t you see the option like “it’s okay!” '






0 comments:

Post a Comment