Pages

Friday, December 24, 2010

TAHUN BARU?

Salam semua.. harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Beberapa hari lagi kita akan akan melangkah tahun baru 2011. Semua peristiwa yang berlaku pada tahun 2010 akan ku semat dalam hati sebagai kenangan dan sejarah hidupku. Alhamdulillah tahun 2010 nie banyak pengalaman pahit manis dan aku sangat menghargai pengalaman-pengalaman tersebut kerana pengalaman inilah yang menjadikan aku sebagai seorang dan insan yang berguna. Aku juga semakin matang dalam membuat sesuatu perkara. Aku sangat menghargai kawan-kawanku saat susah dan senang.. Mereka betul-betul menyayangiku dan aku sangat bertuah kerana mempunyai kawan rapat yang sangat memahami diriku. Aku sangat sayang-sayang mereka.. MY BE-PU I LOVE U!! U R MY BFF.. Tidak dapat ku tulis nama-nama mereka disini kerana biarlah aku menyimpan di hatiku.. hehehe~ Tak lupa juga aku ingin mengucapkan tahniah sepupuku yang mendapat full a`s dalam pmr.. hebatla.. nnt kakngah blanja makan ok?? heehe. Tahun 2010 ni juga ada sebahagian kawan yang sudah membina masjid. Aku berharap mereka bahagia dunia dan akhirat. Amin




Tahun 2011, tahun terakhir aku menjadi guru pelatih dan aku pasti akan merindui kawan-kawanku nanti.. Orang kata seronok belajar berbanding bekerja. Kalo waktu belajar stress dengan exam dan assigment tapi kalau bekerja stress dengan macam-macam. Macam mane pun, kite buat sesuatu kerja mesti dengan ikhlas, InsyaAllah semua akan jadi seronok. Owh ya.. Borang posting pun x siap lagi isi, sebenarnya aku ingat aku nak posting kat Pahang je.. Ramai orang suh aku berhijrah ke negeri lain coz dapat banyak pengalaman dan rasa keseronokan berada di negeri orang. Bagi aku dekat mana-mana pun sama je.... Aku berserah je.. yang penting aku dapat kerja.. hehe seronok dapat pegang duit sendiri.. owh ya Saniah kerja mesti ikhlas, jangan jadi guru 25 hb.. x berkat.. hehe :) InsyaAllah aku akan cuba menjadi seorang guru yang baik dan bertanggungjawab..


Waktu cuti ni, aku banyak mengahabiskan masa dengan duduk di rumah, jalan-jalan dengan famili, practise bawa kete walaupun lesen da ambil 4 tahun yang lepas, layan drama korea dan tulis blog. Sekarang ni aku sedang menulis blog sambil dengar lagu OST Secret Garden.. woo.. feeling habis.. hehe~ love this song n da story.. AWESOME!! entahla knape aku minat sangat dengan cerita korea, mungkin sebab citer diorang x bosan.. Aku layan je.. Antara semua cter aku tengok aku suka cter Secret Garden dan My Girlfriend is Gumiho.. highly recommend!! ;) njoy da drama.. Stay happy always and have wonderful days.. ;) 


SECRET GARDEN.. BEST DRAMA YOSH!!




Hyun Bin and Ha Ji Won current drama “Secret Garden” is a big hit! Not just with me but many other people. The fantasy story of body switching is never to old to me.
“The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), a seemingly perfect man yet with certain arrogance and childishness in him, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a stunt woman whose beauty and body are the object of envy of top actresses. One day they went deep into the mountains and entered a strange house. A strange grandmother offered them chocolate to eat. The next day they found themselves changing bodies.”


She`s pretty 





Wednesday, December 22, 2010

Gambar pasport ku da siap..

p/s: ada mcm seorang guru x?? gambar nie tok posting nnt.. hee ;)

Lalalalalalala.. happy mood: alhamdulillah (',)

Salam semua.. lame x update blog nie.. selalunya aku akan update blog setiap hari bler time cuti yang panjang dan  x taw nak wat pe... first of all, aku rase hepi sangat coz bnyk perkare yang berlaku sepanjang cuti nie.. alhamdulillah.. mak selamat smpi setelah bercuti di Bandung.. aku?? aku x g Bandung coz kene jaga rumah.. hehe bagi can kat mak.. thnx sgt buat mak coz bnyk beli buah tangan dr sane.. kakngah suke sngt 3 kain pasang n beg import dr Bandung. InsyaAllah kalo panjang umur kter g satu family pulak.. baru bes.. hehehe.. yang kedua aku da dpt lesen penuh bw kete walaupown da amek lesen 4 thn yg dulu.. rase gian pulak nk bw kete,.. (ni khas tok org yg baru rase nk bw kete).. actually aku ni x mahir lagi tp berani pulak.. cam ni td aku g bandar coz nk ambil gambar pasport utk posting, sambil2 menunggu tue aku wat la facial.. Lepas wat facial, aigooo hujan bukan maen lebatnye.. Dalam hati boleyh ke aku bawa kete coz aku nie junior lg dlm bab2 bw kete.. pulak dah aku sorang pulak.. Aku gagahkan juga bw kete hingga selamat sampai ke rumah.. Alhamdulillah selamat sampai kat umah.. hehe.. heppy sgt waktu tue.. confiden mst ada dalam diri.. ;) Tahun depan last aku menjadi guru pelatih.. hope aku akan menjadi guru yang disayangi n dihormati nanti.. i want to be an outstanding teacher.. ingat nak further stdy lepas sah jawatan.. wish me luck.. aku akan cube wat yang terbaek.. keluargaku banyak da berkorban demi aku n adik beradik yang lain.. Minggu lepas , aku lawat abg teh kat UPNM.. alhamdulillah dia dalam keadaan yang shat.. hope u will be a good doctor.. InsyaAllah.. Thank U Allah.. Aku sangat2 bersyukur dengan nikmat yang kurniaanMU.. aku juga berharap akan menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.. amin.. 


p/s: sori ayat tunggang langgang..hee



Gambar semasa melawat abang teh ku... :)










Monday, December 20, 2010

PERSONALITI DAN BINTANG DEDAH RAHSIA DIRI

Salam semua.. harap semua berada dalam keadaan yang happy dan selamat hendaknya. Da lame x update blog nie.. Sepanjang cuti panjang nie, blog da jadi sebahagian dari hidup saya. At least dapat jugak isi masa dengan aktiviti yang tidak membosankan. Saya ada jumpe info tentang personaliti dan bintang dedah rahsia diri semasa blog walking dan ia kelihatan sungguh menarik.. hehe.. tapi jgn amek serius sangat.. juz for fun.. jom kita tgk ape personaliti dan bintang kita..hehe

Januari 01-09 ~ Anjing


Januari 10-24 ~ Tikus


Januari 25-31 ~ Singa


Februari 01-05 ~ Kucing 


Februari 06-14 ~ Merpati


Februari 15-21 ~ Kura-kura


Februari 22-28 ~ Harimau Bintang


Mac 01-12 ~ Monyet


Mac 13-15 ~ Singa


Mac 16-23 ~ Tikus


Mac 24-31 ~ Kucing


April 01-03 ~ Anjing


April 04-14 ~ Harimau Bintang


April 15-26 ~ Tikus


April 27-30 ~ Kura-kura


Mei 01-13 ~ Monyet


Mei 14-21 ~ Merpati


Mei 22-31 ~ Singa


Jun 01-03 ~ Tikus


Jun 04-14 ~ Kura-kura


Jun 15-20 ~ Anjing


Jun 21-24 ~ Monyet


Jun 25-30 ~ Kucing


Jul 01-09 ~ Tikus


Julai 10-15 ~ Anjing


Julai 16-26 ~ Merpati


Julai 27-31 ~ Kucing


Ogas 01-15 ~ Monyet


Ogos 16-25 ~ Tikus


Ogos 26-31 ~ Kura-kura


September 01-14 ~ Merpati


September 15-27 ~ Kucing


September 28-30 ~ Anjing


Oktober 01-15 ~ Monyet


Oktober 16-27 ~ Kura-kura


Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang


November 01-16 ~ Singa


November 17-30 ~ Kucing


Disember 01-16 ~ Anjing


Disember 17-25 ~ Monyet


Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:


Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang
menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman
yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.





Tikus:


Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik
perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai
kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu
kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.


Singa:


Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai
orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.
Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu
arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan
kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka
menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan
oleh orang lain, jadi berhati-hati.


Kucing:


Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu
sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka
mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu
dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak
tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka
yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu
sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak
bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang
begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:


Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu
akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian,
sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba
menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan
disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang
sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa
akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah
juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan
praktikal.


Merpati:


Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan,
kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman
serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu
adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat
yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di
dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu
mudah jatuh cinta!





Harimau Bintang:


Kamu seorang yang misteri.. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan
tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran
tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam
orangnya. HmmmâEURO|kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman
yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang
adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan
dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah
yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman
menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka car i.


Monyet:


Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan
dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka
apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan
dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap
langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu
mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada
kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu
bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan
berjaya di dalam perniagaan.



p/s: saya rase ad sebahagian tue kebetulan da ia ad pd diri saya.. haha~



Thursday, December 16, 2010

Subhanallah

Salam kawan-kawan.. sepanjang cuti sem nie saya banyak habiskan masa di rumah dan hobi yang wajib saya lakukan ialah buat blog dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan. Dengan ini, saya dapat mengisi masa dengan baik dan tidak membosankan. Selalunya saya akan men`update blog nie pada waktu pagi dan malam. Banyak info-info yang berguna yang boleh dikongsi bersama. Sebelum saya menunjukkan gambar-gambar yang membuktikan kekuasaan Allah Yang Maha Esa, saya nak beritahu tadi kecoh pasal result exam dah kuar.. saya begitu semangat dan bila buka laman web IPGTAA dan akhirnya saya LULUS dalam ex
am tue.. dalam website tue just bagitaw lulus atau gagal.. Walauapapun, saya tetap bersyukur kepada ilahi. Tahun depan tahun last menjadi guru pelatih dan akan menjadi guru sebenar dalam mendidik anak-anak bangsa. Borang posting dan semua berkaitan posting belum saya siapkan lagi. Saya akan cuba siapkan sebelum praktikum 3 bulan. Tahun depan mesti kehidupanku sebagai guru pelatih agak sibuk.. Saya suka kehidupan yang agak sibuk sebab saya tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang remeh dan saya akan stop dari tengok citer korea. Ada kawan ajak pergi Korea nanti.. hahaha jadi kene kumpul duit dari sekarang.. ( cukup ke duit nak pergi ke korea tue) i will miss my be-pu.. lepas graduate mesti kita bawa haluan masing-masingkan.. tapi our friendship never end. InsyaAllah ..eh.. da banyak saya mengarut kat page nie. Sebenarnya saya ingin berkongsi kekuasaan Tuhan yang ada di muka bumi ini.. : Mari kita lihat dan memikirkan kekuasaan Tuhan yang wujud di muka bumi supaya manusia berfikir:

POKOK 


POKOK DI GERMAN


ALLAH



POKOK SUJUD


SUBHANALLAH


POKOK MENYERUPAI HAIWAN


POKOK MENYERUPAI SESEORANG YANG SEDANG MENARI 


P/S: Alam dijadikan Allah sebagai bukti kewujudan dan kebesaranNYa...tetapi berapa ramai manusia yang memikirkan akan hal ini?

Pilih masa muda yang Indah atau masa muda yang Gelisah.

widgeo.net
Add caption
Masa muda yang indah adalah masa muda yang penuh dengan keberkatan. Hidup berkat, di bawah petunjuk Islam. Diredhai Allah dan sesuai dengan sunnah kenabian. Hidup mesti tenang, nyaman dan tidak tergesa-gesa. Hati penuh dengan kedamaian , dan tidak pernah berasa gelisah.




Sebaliknya bila masa muda kita diisi dengan dosa, khuartir jiwa kita sentiasa gelisah. Di masjid tidak betah, pengajian juga terganggu. Selalu dikejar-kejar oleh banyak persoalan. Ada perasaan bersalah, ada perasaan ingin bertaubat, tetapi selalu gagal dengan keadaan sekitar.


Kita takut menjadi perbualan orang. Masyarakat kita terlalu kuat. Dosa yang sudah bergelumang susah untuk diluruhkan. Kembalilah kepada Islam, kembali kepada Allah yang Maha Pengampun Dosa. 

Perkahwinan antara Sayidina Ali dan Siti Fatimah Radiallahu 'anhuma

Fatimah alaihissalam adalah puteri Rasulullah s.a.w yang paling disayang ayahnya kerana disamping dia sebagai wanita yang zahid dari kehidupan duniawi, juga mengingatkan Rasulullah s.a.w dengan Khadijah radiallahuanha, dan dia pun sebagai ibu kepada Saidina Hasan dan Saidina Husin radiallahu anhum, buah hati Rasulullah s.a.w.

Fatimah mempunyai beberapa nama. Al Batuul, Az Zahroo, Ath Thoohiroh, Al Muthohharoh dan kelima Faathimah. Tatkala usianya telah meningkat dewasa, Rasulullah s.a.w merasa sedih melihatnya. Beliau berkata dalam hatinya, " Fatimah sudah tidak mempunyai ibu yang akan mengurus dan menyiapkan perkahwinannya.

Maka turunlah Jibrail alaihissalam, lantas berkata: "Wahai Muhammad, As Salaam (Allah) memberi salam kepadamu, dan mengatakan, 'Janganlah engkau berduka kerana Fatimah sebab Aku lebih menyintainya dibanding kecintaanmu kepadanya, maka serahkanlah urusan perkahwinannya kepadaKu! Aku akan mengahwinkannya dengan orang yang Aku cintai."

Lalu Rasulullah s.a.w bersujud sebagai pernyataan syukur terhadap Allah subhanahuwataala.

Kemudian turunlah Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail, setiap malaikat itu membawa bakul yang memakai tutup (bertutup), dan setiap malaikat ini diiringi oleh seribu malaikat. Mereka meletakkan bakul itu dihadapan Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w bertanya, "Apakah ini wahai Jibril?". 

Jibril menjawab,"Allah taala berkata, " Sesungguhnya Aku telah mengahwinkan Fatimah dengan Ali bin Abi Talib dan ini adalah pakaian syurgawi dan buah-buahannya, Aku pakaikan ia dengan pakaian ini dan Aku taburi dengan buah-buahan ini. 

Kemudian Rasulullah s.a.w sujud seraya berkata "Wahai Jibril, sesungguhnya Fatimah rela dengan apa yang aku relai. Aku suka seandainya hadiah-hadiah ini diberikan di akhirat sahaja tidak di dunia. Akan tetapi bagaimanakah gerangan kahwinnya Fatimah di langit itu?".

Jibril menjawab," Wahai Muhammad, bahawasanya Allah taala memerintahkan agar pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Kemudian Allah menghias Arash, Kursi, Pohon Tuba dan Sidratul Muntahaa. Lalu Allah memerintahkan Alghilman dan Alwildaan (pelayan-pelayan syurga) supaya mendirikan khemah di tiap-tiap istana, dan pada tiap-tiap kamar didirikan singgahsana-singgahsana, lantas mereka duduk pada jamuan pengantin Fatimah. Dan Allah memerintahkan pula kepada para malaikat muqorrobiin, ruhaaniyyiin, karuubiyyiin untuk berkumpul di bawah pohon Tuba. Kemudian Allah menghembuskan angin sepoi-sepoi di dalam syurga itu. Maka berguguranlah buah-buahannya, alkafoor, misik dan anbar ke atas para malaikat itu. Lalu Allah menyuruh kepada burung-burung syurga menyanyi. Maka bernyanyilah burung-burung itu, sedangkan pada bidadari menari-nari, pohon-pohon menaburkan perhiasan dan permata ke atas mereka.

Setelah itu Allah berkhutbah memuji diriNya dan berkata,"Sesungguhnya Aku telah mengahwinkan Maharatu seluruh wanita dengan Ali bin Ali Talib." Dan Allah berkata kepada Jibril, "Wahai Jibril, engkaulah sebagai wakil daripada Ali dan Aku sebagai wakil RasulKu Muhammad."

Allah mengahwinkannya dan aku (Jibril) menerimanya sebagai wakil Ali bin Abi Talib. Itulah akad nikahnya yang terjadi di langit. Maka akad nikahkanlah olehmu kembali di Bumi.

Maka Rasulullah lalu memberitahu hal itu kepada Saidina Ali karomallaahu wajhahu, juga kepada Fatimah radiallahu anha. 

Kemudian beliau mengumpulkan semua sahabatnya di dalam masjid. Lantas Jibril alaihissalam turun sambil mengatakan, "Sesungguhnya Allah menyuruh Ali agar membacakan khutbah nikahnya sendiri".

Lalau Rasulullah s.a.w meminta kepada Saidina Ali supaya dia sendiri membaca khutbah nikahnya. Maka berkatalah dia, "Segala puji bagi Allah yang Maha Tunggal di dalam keagungan dan kesempurnaan yang telah menciptakan manusia dan membagi-bagi tingkatan makhluknya, yang tidak mirip dengan sesuatu dan tidak ada yang mirip denganNya. Dialah yang telah mencipta hamba-hambaNya di dalam beberapa negeri, diberinya ilham kepada mereka agar dapat menucapkan tasbih dan pujian kepadaNya, maka mereka pun mengucapkan tasbih dan mensucikannya. Dialah Allah yang tidak ada tuhan selainNya, Dia menyuruh hamba-hambanya supaya nikah, maka mereka pun menerimanya. Segala puji bagi Allah atas semua nikmat kurniaNya. 

Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah, suatu kesaksian yang akan sampai kepadanya dan akan direlainya, dan akan menyelamatkan orang yang mengucapkannya pada hari setiap orang lari daripada saudaranya, daripada ibunya, daripada ayahnya, daripada sahabatnya dan daripada anaknya. Semoga selawat dan salam dari Allah untuk Saidina Muhammad An Nabiyil Ummi, yang telah dipilih dan direlaiNya sebagai penerima wahyu daripadaNya. Dan semoga rahmat Allah berlimpah ke atas keluarga, sahabat dan pencintaNya. Pernikahan itu adalah dengan apa yang ditetapkan dan diizinkan Allah. Saya sebagai hamba Allah dan putera hambaNya yang ingin akan keredhaan Allah melamar sebaik-baik wanita sealam semesta, saya berikan mahar untuknya sebanyak 400 dirham dengan tunai, apakah Tuan kahwinkan saya dengannya wahai Rasul Al Amin atas jejak rasul-rasul sebelummu?

Maka menjawablah Rasulullah s.a.w, "Aku kahwinkan Fatimah denganmu wahai Ali, dan Allah pun telah mengahwinkan, meredhai dan memilihmu."

Saidina Ali menyahut, "Saya terima daripada Allah dan daripadamu wahai Rasulullah". 

Tatkala Siti Fatimah mendengar bahawa mas kahwinnya adalah dirham, lalu dia berkata, "Wahai ayahku, bahawasanya semua anak perempuan orang memakai mas kahwin dengan dirham dan dinar, maka apakah bezanya antara orang itu denganmu? aku meminta agar mas kahwinku adalah berupa syafaat bagi orang yang maksiat di antara umatmu."

Lantas turunlah Jibril alaihissalam pada saat itu juga sambil membawa secarik sutera yang bertuliskan "Allah menjadikan mas kahwin Siti Fatimah Az Zahroo puteri Muhammad Al Musthofaa berupa syafaat bagi orang yang berdosa di antara umatnya.

Siti Fatimah berwasiat agar apabila dia meninggalkan dunia yang fana carikan sutera tersebut diletakkan pada kafannya, dia berkata "Jika aku dibangkitkan kelak di padang masyar maka aku akan mengangkat carikan sutera ini dan akan memberikan syafaat bagi umat ayahku".

Petikan daripada;
7 Rahsia Langit dan Bumi, Asy Sheikh Al Imamul Ajalu, Abu Nashr Muhammad bin Abdurrahman Al Hamdan. 2010.

Pilih setiap hari berpahala atau setiap saat berdosa?

Apakah bercinta  itu dosa? Ada sebuah hadis, mari kita fikirkan:
" Janganlah seorang lelaki berdua-duan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya." (Bukhari Muslim)

Pertanyaannya, apakah berkasih itu tidak berdua-duaan? ada sebuah hadis yang sangat layak untuk dibaca:
" Sungguh, jika kepada salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada kamu menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu."

Pertanyaan sekali lagi, apakah dalam berkasih tidak ada saling menyentuh? Alangkah indahnya bila kita dapat mengisi hari-hari dengan pahala. Memperbaiki diri dengan amalan sunah nabi. Kita masih muda, masih kuat dan masih penuh dengan semangat.

Dan alangkah menyesalnya jika di masa muda, kita sudah mengumpul banyak dosa. sedikit demi sedikit, hingga lambat laun jadi bukit. Kita berlindung pada Allah.

Pilih Belajar atau Jadi Mangsa Cinta?


Dimana-mana pelajar  seharusnya memikirkan nilainya agar bagus dan menyenangkan. Tetapi sebahagian besar remaja sekarang lebih sibuk memikirkan kekasih pujaan. Wajah penuh jerawat kerana memikirkan si gadis yang bukan main.
Cinta dianggap remeh dan tidak akan menyakiti sesiapapun. Padahal bila cinta diterima atau ditolak, sakitnya luar biasa. Lebih sakit dari gigi atau bulu yang dicabut perlahan-lahan. Apa lagi bila mempermainkan perasaan orang, ditarik, di lambung kemudian dicampak, pasti rasanya sakit amat!
Mengenal cinta dan menyemainya dengan cara yang salah hanya akan membuat sakit hati. Jangan ambil mudah emosi atau perasaan bila kekasih kita ternyata berbeza niat atau berbeza keinginan dengan kita.
Kita sudah melakukan banyak hal, tetapi bagi dia kita belum melakukan apa-apa, anehnya dia berasa semuanya baik-baik sahaja. Akhirnya hati kita terluka akhirnya berkali-kali. Air mata menitis sudah tidak henti-henti. Lemah longlai, seperti tidak punya harapan hidup. Kekasih hati dianggap cinta mati, sehingga kata `putus` bererti ajal menanti. Sedih tidak berpenghujung, ketika harus berpisah daripada sosok  yang dirindukan.
Hidup mendadak sepi, kerana si dia tidak lagi menghampiri. Tetapi inikah yang akan kita pilih selama ini? Menghabiskan masa muda dengan bergayutan di kepingan cinta yang tercerai berai? Hancur hati kerana mengorbankan sesuatu yang belum  saatnya.
Kita berikan segalanya sebagai sebuah tanda cinta, tetapi dia mencampakkan  kita begitu sahaja. Mengengola  cinta  itu perlu kedewasaan. Ketika cinta yang kita jalin mengharuskan kita mengelus dada kerana kecewa. Harapan kita tinggi melambung sementara keyataannya jauh membumbung.
Cinta juga akan memaksa kita menangis berkali-kali kerana sakit hati dikhianati , atau mungkin malah disakiti dengan kata-kata setajam belati. Mengelolanya perlu kedewasaan dan bukan bersikap kebudak-budakan. Ketika konflik melanda, tidak jarang pasangan yang selama ini disayang menjadi sangat garang.
Dia yang selama ini lembut, penuh perhatian, berubah menjadi manusia yang kejam yang sama sekali tidak pernah kita kenal. Mulutnya menjadi sangat lihai mengucapkan kata-kata kasar, tangannya pun sering mendaratkan tamparan atau kekerasan lainnya. Konflik berjalan tanpa kematangan berfikir. Malah lebih sering berakhir dengan pemukulan dan penganiayaan. Pipi lebam dek menjadi sasaran tinju teman lelaki. Tetapi anehnya hati kita tetap sahaja memaafkan.
“meski kamu sakiti aku, cinta ini akan selalu memaafkan…” begitulah motto yang selama ini diperjuangkan. Ketika cinta itu terjalin aka nada masa cemas melanda, ada pada rasa senang saat bersama tetapi ada pula rasa khuatir luar biasa bila sang kekasih meninggalkan kita tanpa kata-kata. Dan ketika  kita tidak cukup mampu menangani hati, kita akan berasa sedih luar biasa. Seperti anak kecil yang tidak mahu kehilangan bonekanya. Merengek, meraung dan bahkan berakhir dengan sikap tidak dewasa. Kita mengalahkan segala cinta yang kita miliki dan mendahulukan cinta pada si dia. Padahal dia itu siapa?
Dia hanyalah manusia yang baru kita kenal setahun dua. Tetapi ternyata dia mampu mengubah cinta kita menjadi cinta luar biasa. Tidak kita dengar kata ayahanda dan ibunda yang hanya mampu menitiskan airmata. Tidak kita endahkan juga cinta Allah pada kita selama ini, dan kita abaikan semuanya hanya untuk sebuah kata cinta.
Kita ajari hati kita dengan segala bentuk pengorbanan. Padahal apa yang kita korbankan mungkin lebih banyak  dari apa yang kita perjuangkan. Hati kita menjadi tidak tetap lalu mengikut apa sahaja yang ‘dihambakan’ atas perasaan kita. Kita menjadi manusia yang buta akan orang-orang yang mencintai kita selama ini. Bagi kita, mereka tidak akan memberi apa-apa. Kerana kita akan lebih memilih.
Dan setelah kita disakiti dan tidak ada pilihan lain selain ‘putus’, saat itulah kita roboh. Tenaga kita hilang dan tidak dapat bangkit dengan mudah. Jiwa kita terlanjur tetikat kepadanya, dan dia pun tidak peduli bagaimana perasaan kita. Hati kita tercalar oleh ego dan kini tidak lagi keluarga yang bias menerima kita. Hidup sepi dan tidak ada yang menarik lagi.TRAGIS!!

p/s: Jangan biarkan nafsu dan perasaan menguasai akal fikiranmu yang waras!


Tuesday, December 14, 2010

~ FORGIVENESS~





I love this hadith on forgiveness, MashaAllah, it's amazing to know how compassionate is Allah until He is willing to forgive our sins even if they reach the clouds of the sky, how great is His forgiveness.
On the authority of Anas, who said: I heard the messenger of Allah (PBUH) say:
Allah the Almighty has said: “O son of Adam, so long as you call upon Me and ask of Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds of the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I would forgive you. O son of Adam, were you to come to Me with sins nearly as great as the earth and were you then to face Me, ascribing no partner to Me, I would bring you forgiveness nearly as great as its.”



Kisah seorang cikgu tadika




Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.



Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.
-artikel iluvislam.com
p/s: sy bukan cikgu seperti ini.. arrasso!! hehe~



hey!! i`m single..




I am available but not for sale,
Don't you ever expect me in your mail,
There's only one story beneath this veil,
It's modesty, and not an ad to hail,
Woo me not because you will surely fail,
You really really think I am that frail?
You're not a hammer and I'm not a nail,
I don't want a boyfriend, he's such an ail,
I would prefer to be stuck in a jail,
But I'm free of you and your fairytale,
If you want me then be the alpha male,
Don't hide in your shell like a slimy snail,
Be my husband, by Allah we stand still.

Sunday, December 12, 2010

SENYUM :)

Salam semua.. saya nk update blog..br berkesempatan nk buka blog nie.. hari nie sy rase sgt cergas coz bersenam kat rumah.. dr pagi kemas rumah, menyapu, basuh baju, sidai baju, masak, rasa puas dpt keluarkan peluh.. br badan cergas.. x de artikel yang baru.. hari nie rase nak senyum je.. hehe.. senyum je x perlu kate ape2.. ha... kalo kite senyum kat orang of coz org tue akan balas balik senyuman kita.. jangan kedekut dengan senyuman..x rugi taw.. dpt pahala lagi.. hehe.. tp senyum kene bertempat takot org kate gila pulak.. haha..






Patutnye td ad latihan drive ngan abg de pas subuh tp disebabkan bangun sedikit lewat. Ini disebabkan mlm td tdo lewat layan citer korea Playful Kiss.. lagi 3 episod.. hari nie boleyh abehkan dan nak tgk special episod online..cter dier bez.. love it.. pasni nak download secret garden.. ramai orang kate citer tue mmg bez la.. sy layan citer yang bez2 je.. haha :)

Semalam dpt hadiah dua shawl.. cntik sgt.. da pilih baju yang sesuai tok pakai ngan shawl.. sy mmg suke shawl.. haha.. thnx u very much.. nomu2 chua hae.. skarang nie x dpt nk pakai lagi coz x g jalan mane2 pown.. jaga rumah je.. tapi kalo lawat abg teh kat upnm tue boleyh la pakai.. haha.. kawan-kawan senyum2 slalu taw.. cantik kalo anda senyum.. saya pown akan tersenyum sekali.. hee :D

Friday, December 10, 2010

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada .Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti.


Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.


Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.

" "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...

""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, hingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...

Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita... ""Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain.

Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan -lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar". "Kalau begitu, kita Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...


p/s: Kita harus berfikir secara mencapah..

MY MOTHER GO TO BANDUNG TOMoRoW~




Salam semua.. moga-moga semua dalam keadaan yang happy2.. chill2 selalu.. hehe.. alhamdulillah mood nia ari nie ok sgt coz pak ude kate nia da boleyh bw kete.. hehe.. wa.. pasni nk pinjam kereta mak nak round taman intan.. hehe rase bergayela pulak.. haha.. Tapi kelemahan nia nie mmg mudah lupe ngan jalan.. hope pasni pas da mahir bw kete hope boleyh travel satu Malaysia.. (haih ye ke ni.. kuat berangan betol.. hehe)

Oh ya.. sok mak Nia kene g Bandung.. Mak nak pergi selama 6 hari.. hope mak selamat sampai.. Tadi mak da kira duit rupiah.. ad 2 juta Rupiah.. kaye da mak nia.. Nia harap mak have fun kat sane.. Nanti shopping ingat2 kat anak pompuan yang sorang nie ea.. hehe nk jugak g Bandung tapi x keje lagi la.. tunggu Nia keje pas2 boleyh travel kat sane pulak.. hehe..

Nia doakan Mak selamat sampai dan hepi2 slalu.. x pe... anak mak yang da cukup besor nie akan jage rumah.. hehe ;)



RAPUNZEL

Hi... saya suka sangat menonton cerita Rapunzel. Dia cute sangat dengan rambut magic dier.. Cerita cartoon x membosankan.. sy bagi 5 bintang la.. hahaha cutenye dier...Tak nak cter panjang la.. siapa yg belom tgk.. tengokla.. gerenti tak menyesal..hee~~ have a wonderful day semua!! :)








Thursday, December 9, 2010

Ilmu Pelita Hidup..

~ Ingat masa dulu-dulu bila di sekolah, stdy pown sebab nak ambil exam je.. tp 2 la realiti kehidupanku yang stdy rajin-rajin sebab nak dapat result exam yang bagus.. tapi sekarang aku jarang gunakan ilmu tue dalam kehidupan harian... baru sekarang baru nak sedar.. hehe. Tapi tak per sebab lebih baik sedar sekarang daripada x sedar langsung manfaat ilmu tue pada manusiakan..?? :)

Setiap saat harus kita berusaha memenuhi perjalanan hidup dengan ilmu. Itulah sifat seorang `penagih ilmu` yang tidak pernah puas.. Anda pula bagaimana?? masih malas untuk mencari ilmu?? sesetengah orang suka berfoya-foya dan menghabiskan waktu dengan aktiviti yang tidak berfaedah.. Macam saya dulu.. suka sangat buang masa.. hehe...

Sepatutnya kita seharusnya merasa kurang berilmu, lantas segenap ruang dan peluang akan dimanfaatkan untuk mencicip segala ilmu.

reading book Pictures, Images and Photos

Ilmu tidak sesekali akan mengecewakan kita. Saidina Ali pernah berkata:
Ilmu lebih berharga daripada harta. ilmu menjagamu, sedangkan kamu harus menjaga harta. Harta akan berkurangan apabila kamu nafkahkan, sebaliknya ilmu akan bertambah subur bila kamu nafkahkan.

Demikian, ilmu ibarat lantera yang boleh menyuluh pencarian manusia tentang agama mereka. Maka jadilah penagih ilmu agar lorong yang kita lalui selamanya diterangi nur ilmu. Robohkan jeriji kejahilan dengan ilmu agar diri tidak terkurung di penjara kedangkalan. Ikhlaskan hati mencicip ilmu. Lantas kejayaan di dunia menjadi milik kita, kesejahteraan di akhirat abadi menaungi kita~