Pages

Wednesday, January 5, 2011

2011.. Adakah aku semakin dewasa?

Salam.. sewaktu aku menulis blog ini, aku baru bangun je dari tidur.. ini disebabkan oleh makan ubat tidur dan menyebabakan  mangantuk tahap petala ke lapan. Hari ini baru bermulanya kuliah di maktab. Sem ini ada dua subjek iaitu kajian tindakan dan bimbingan dan kaunseling. Pada sem ini kami perlu menyediakan proposal. Alhamdulillah setelah masuk hari pertama di maktab, kami diminta untuk mengambil keputusan exam di SU Peperiksaan. Saya bersyukur kerana mendapat keputusan yang agak baik.Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada abang de dan abang teh kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Kak Ngah bangga dengan kamu.. haha..  Secara jujurnya, pointer tidak melambangkan kecemerlangan seseorang guru tetapi pengalaman yang ada yang terdapat pada seorang guru dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran menunjukkan kebolehan yang terdapat pada seorang guru. Saya sebagai guru pelatih masih banyak memerlukan bimbingan dan sokongan dari guru-guru senior untuk menjadi guru yang lebih baik dan cemerlang. 


Masih x terlambat lagi untuk mengucapkan skuad Harimau Malaya yang berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki.. Semua pemain memang mantap2 la... Saya tetap menjadi peminat bola sepak Malaysia.. da makin maju dan saya berharap mereka akan bermain dengan lebih baik lagi. InsyaAllah. 


Tahun 2011 ini ada banyak perancangan. Antaranya ingin bercuti dengan rakan-rakan di Sabah. (eyh biar betol ade duit ke) dah la semua membe2 aku nie boros2 kebanyakannya.. hehe .. Ada kawan ajak menonton konsert Maher Zain di Istana budaya. Mesti tiket mahal kan.. lagi satu mesti sibuk dengan aktiviti praktikum.
Aku sangat menyayangi kawan-kawan kerana mereka ada masa senang dan susah,.. tetapi aku sedikit pelik kerana ada sebilangan yang di anggap kawan tetapi tidak menolong kawan tetapi selalu buat sakit hati.. itu dikira kawan ke?? rasa macam nk padam terus sebab tiada kebaikan kalau berkawan orang seperti itu. Aku tidak ramai kawan tetapi kualiti atau nilai  yang terdapat pada rakanku  sangat tinggi dan aku sangat-sangat menghargainya. senyum-senyum selalu.. yeah minggu nie balik kampung... hehehe~

0 comments:

Post a Comment