Pages

Saturday, January 8, 2011

Terbaeklah Rukun Kelab Tetabgga Taman Bahagia.. hehe~

Salam semua.. hari nie saya sampai rumah pada pukul 4 petang. Seronok dapat balik rumah.. dengan keadaanku yang kurang sihat, aku rasa di rumahlah tempat yang paling baik.. hehe.. semalam aku dapat berita daripada abang teh iaitu Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Bahagia, Temerloh telah dipilih sebagai KRT terbaik untuk negeri Pahang bagi tahun 2010 apabila kelab itu berjaya mengatasi 216 kelab lain.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah telah menyampaikan Sijil Penghargaan KRT Terbaik Pahang kepada wakil KRT Taman Bahagia dalam satu majlis di Temerloh Sabtu lalu.

Majlis tersebut diadakan untuk menghargai sumbangan dan kerjasama yang dijalankan oleh anggota KRT taman tersebut yang banyak terlibat dalam melakukan kerja-kerja pemantauan serta rondaan kawasan kediaman mereka.
Sumbangan aktif semua anggota KRT taman tersebut telah berjaya mengekalkan suasana keharmonian di kalangan penduduk dan masyarakat di kawasan berkenaan.


0 comments:

Post a Comment