Pages

Monday, October 17, 2011

Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunah..

1. Beriman dan beramal soleh
" Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan." Surah al-Nahl 16:97
    Ibn 'Abbas ra meriwayatkan bahawa segolongan ulama mentafsirkan bahawa kehidupan kehidupan yang baik ialah rezeki yang halal dan baik. Saidina Ali pula mentafsirkan dengan sifat qanaah iaitu berasa cukup.

2. Banyak mengingati Allah
    Dengan berzikir kita akan mendapat ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah: " Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah akan tenang hati.

3. Bersandar kepada Allah
    Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman. "Siapa yang bertawakkal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.

4. Sentiasa mencari peluang untuk berbuat baik.
    Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun  perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam
   Fikir tetapi jangan khuartir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti.  ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu kerana apa yang telah berlalu tidak mungkin akan dikembalikan semula.
Rasulullah pernaj bersabda maksudnya:
"Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolongla kepada Allah dan janganlah lemah. Apabila menimpa akan kamu sesuatu daripada perkara yang tidak disukai jangan lah engkau berkata: ' Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu...akan tetapi katanlah : 'Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan dan Dia akan lakukan,' kerana sesungguhnya kalimat `seandainya' itu membuka amalan syaitan."

~bersambung.....

0 comments:

Post a Comment