Pages

Showing posts with label WaNiTa. Show all posts
Showing posts with label WaNiTa. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Saya suka tudung!! da jadi minat sesangat tudung sarung nie.. hehhee

salam semua... wa.. da berhabuk da blog nie.. lame da x menyinggah kat blog nie... da jadi sarang arnab da.. hehehe... lame x menulis blog aka diari hati nie sebb mmg seebuk even mase cuti pown.. hari nie nia nk berkongsi minat nia yang baru.. mengumpul dan suka memakai tudng2 jenis nie.. jom nia tunjuk:

Tudung nie nia da beli kat Butik Jelita.. biler pakai tue da jatuh cinta da tudung mcm nie.. hehehe :)

Nie tudung nia beli kat butik tue... td da try pakai terus jatuh cinta..ngee.. nk pakai time wana tunang nnt.. :D


Tudung biru nie ingat nak beli sebab nia banyak baju kurung warna biru..( warna biru nie salah satu warna yg digemari)

 Da book ngan butik jelita.. seriusly.. da jadi minat sesangat ngan tudung cam ni..(even harga pown boleyh tahan..demi kau aku beli jua ~ sania napa boros sgt nie...wa...........!!


yes.. nia minat sangat warne coklat.. tapi tudung nie next gaji.. weee~


Memang sekarang colour feveret ialah pink purple.. (da jd minat sangat) x leyh nk wat apa da...)wa... nie pown da book ngan butik Jelita.. 


putih itu bersih... nk jugakkkkkkkkk!! but skrang x boleyh.. duit bukan guna utk beli tudung je sania oooi... banyk lagi kegunaan lain.. huhu.. but i lurve dis white.. ;(


So.. ade x org2 kat luar sane minat tudung camni.. put ur hands up!! :D

Saturday, January 22, 2011

Janji Iblis dan Fitnah Wanita....

Janji Iblis

Sesungguhnya Iblis akan sentiasa berusaha mengganggu dan menyesatkan keturunan Adam agar berpaling daripada kebenaran. Ia tidak akan membiarkan manusia itu beriman dan taat melakukan suruhan Allah SWT. Allah SWT mendedahkan janji Iblis ini dalam surah al-A’raf ayat 14 hingga 17,
maksud firman-Nya : Iblis berkata, “Berilah tempoh kepadaku (untuk menggoda manusia) hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).” Allah berfirman : “Sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu amsa yang tertentu).” Iblis berkata : “Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh-sungguh menghalangi mereka (daripada) jalan-Mu yang lurus. Kemudia aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka. (Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”

Fitnah wanita

Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki dengan sebab kaum wanita.”

Imam Muslim juga meriwayatkan dalah Sahihnya, daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kalian takut terhadap (godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita.”

Imam Muslim dalam Sahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn al-Zubair, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya wanita itu, ketika datang dari depan, dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula. Oleh sebab itu, jika salah seorang daropada kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian, maka hendaklah dia segera mendapatkan isterinya, dengan demikian itu dapat menolak (gejolak nafsu) yang ada dalam dirinya.”

Dalam satu hadis yang lain pula, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan akan menghias-hiasinya dan wanita yang paling dekat dengan rahmat Rabbnya adalah yang berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, dishahihkan Al Albani dalam Shahihul Jaami’)

wallahu a'alam

Monday, December 20, 2010

PERSONALITI DAN BINTANG DEDAH RAHSIA DIRI

Salam semua.. harap semua berada dalam keadaan yang happy dan selamat hendaknya. Da lame x update blog nie.. Sepanjang cuti panjang nie, blog da jadi sebahagian dari hidup saya. At least dapat jugak isi masa dengan aktiviti yang tidak membosankan. Saya ada jumpe info tentang personaliti dan bintang dedah rahsia diri semasa blog walking dan ia kelihatan sungguh menarik.. hehe.. tapi jgn amek serius sangat.. juz for fun.. jom kita tgk ape personaliti dan bintang kita..hehe

Januari 01-09 ~ Anjing


Januari 10-24 ~ Tikus


Januari 25-31 ~ Singa


Februari 01-05 ~ Kucing 


Februari 06-14 ~ Merpati


Februari 15-21 ~ Kura-kura


Februari 22-28 ~ Harimau Bintang


Mac 01-12 ~ Monyet


Mac 13-15 ~ Singa


Mac 16-23 ~ Tikus


Mac 24-31 ~ Kucing


April 01-03 ~ Anjing


April 04-14 ~ Harimau Bintang


April 15-26 ~ Tikus


April 27-30 ~ Kura-kura


Mei 01-13 ~ Monyet


Mei 14-21 ~ Merpati


Mei 22-31 ~ Singa


Jun 01-03 ~ Tikus


Jun 04-14 ~ Kura-kura


Jun 15-20 ~ Anjing


Jun 21-24 ~ Monyet


Jun 25-30 ~ Kucing


Jul 01-09 ~ Tikus


Julai 10-15 ~ Anjing


Julai 16-26 ~ Merpati


Julai 27-31 ~ Kucing


Ogas 01-15 ~ Monyet


Ogos 16-25 ~ Tikus


Ogos 26-31 ~ Kura-kura


September 01-14 ~ Merpati


September 15-27 ~ Kucing


September 28-30 ~ Anjing


Oktober 01-15 ~ Monyet


Oktober 16-27 ~ Kura-kura


Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang


November 01-16 ~ Singa


November 17-30 ~ Kucing


Disember 01-16 ~ Anjing


Disember 17-25 ~ Monyet


Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:


Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang
menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman
yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.





Tikus:


Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik
perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai
kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu
kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.


Singa:


Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai
orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.
Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu
arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan
kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka
menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan
oleh orang lain, jadi berhati-hati.


Kucing:


Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu
sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka
mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu
dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak
tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka
yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu
sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak
bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang
begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:


Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu
akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian,
sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba
menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan
disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang
sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa
akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah
juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan
praktikal.


Merpati:


Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan,
kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman
serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu
adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat
yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di
dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu
mudah jatuh cinta!





Harimau Bintang:


Kamu seorang yang misteri.. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan
tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran
tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam
orangnya. HmmmâEURO|kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman
yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang
adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan
dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah
yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman
menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka car i.


Monyet:


Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan
dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka
apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan
dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap
langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu
mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada
kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu
bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan
berjaya di dalam perniagaan.



p/s: saya rase ad sebahagian tue kebetulan da ia ad pd diri saya.. haha~



Thursday, December 9, 2010

IT`s Okay~

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua yg membaca post ini iaitu kenapa kita tidak seharusnya bersedih apabila dilanda suatu musibah, dan kesedihan??? Semua yang berlaku ada hikmahnya.. Sesetengah orang bila dia kecewa, sedih, marah, dengki ,..mereka selalu mengeluarkan kata-kata kesat dan memburukkan seseorang untuk menghilangkan tekanan.. sebenarnya perkara seperti ini tidak membawa erti atau kebaikan sebesar zarah pun tetapi akan merugikan diri sendiri. Hati kita tidak tenang dan munculnya sikap benci yang tidak membawa apa-apa keuntungan malah menambahkan dosa. Bersabarlah.. biarlah setiap yang berlaku itu dilepaskan dengan hati tenang dan menjawabnya.. IT`S Ok... Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Tuhan tidak akan sesekali menguji seseorang hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu di pikul oleh hambanYa.. ketahuilah dengan adanya pengalaman yang pahit, membuatkan kita menjadi lebih tabah dan bersyukur kerana tuhan memandang kita dan kita perlu membuktikan bahawa kita kuat dan masih boleh tersenyum apabila diuji.. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi. Jangan sesekali menyalahkan takdir atas sesuatu perkara yang berlaku.
Kawan-kawan....
Ketahuilah..
Kita akan rugi jika kita bersendirian, bersedih tanpa melakukan apa-apa yang berfaedah untuk diri kita.. masa depan kita bergantung kepada apa yang kita lakukan sekarang! Jika kita terus bersedih, adakah kita akan maju dan akan mempunyai masa depan yang cerah pada masa akan datang???

Fikir-fikirkanlah.. kita yang menentukan corak kehidupan kita sendiri... baik atau buruk?? Tepuk dada tanye iman.. ;)

'Everytime you worry about being a burden it sounds like you’re asking to be left alone. Why can’t you see the option like “it’s okay!” '