Pages

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Saya suka tudung!! da jadi minat sesangat tudung sarung nie.. hehhee

salam semua... wa.. da berhabuk da blog nie.. lame da x menyinggah kat blog nie... da jadi sarang arnab da.. hehehe... lame x menulis blog aka diari hati nie sebb mmg seebuk even mase cuti pown.. hari nie nia nk berkongsi minat nia yang baru.. mengumpul dan suka memakai tudng2 jenis nie.. jom nia tunjuk:

Tudung nie nia da beli kat Butik Jelita.. biler pakai tue da jatuh cinta da tudung mcm nie.. hehehe :)

Nie tudung nia beli kat butik tue... td da try pakai terus jatuh cinta..ngee.. nk pakai time wana tunang nnt.. :D


Tudung biru nie ingat nak beli sebab nia banyak baju kurung warna biru..( warna biru nie salah satu warna yg digemari)

 Da book ngan butik jelita.. seriusly.. da jadi minat sesangat ngan tudung cam ni..(even harga pown boleyh tahan..demi kau aku beli jua ~ sania napa boros sgt nie...wa...........!!


yes.. nia minat sangat warne coklat.. tapi tudung nie next gaji.. weee~


Memang sekarang colour feveret ialah pink purple.. (da jd minat sangat) x leyh nk wat apa da...)wa... nie pown da book ngan butik Jelita.. 


putih itu bersih... nk jugakkkkkkkkk!! but skrang x boleyh.. duit bukan guna utk beli tudung je sania oooi... banyk lagi kegunaan lain.. huhu.. but i lurve dis white.. ;(


So.. ade x org2 kat luar sane minat tudung camni.. put ur hands up!! :D

Thursday, December 16, 2010

Subhanallah

Salam kawan-kawan.. sepanjang cuti sem nie saya banyak habiskan masa di rumah dan hobi yang wajib saya lakukan ialah buat blog dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan. Dengan ini, saya dapat mengisi masa dengan baik dan tidak membosankan. Selalunya saya akan men`update blog nie pada waktu pagi dan malam. Banyak info-info yang berguna yang boleh dikongsi bersama. Sebelum saya menunjukkan gambar-gambar yang membuktikan kekuasaan Allah Yang Maha Esa, saya nak beritahu tadi kecoh pasal result exam dah kuar.. saya begitu semangat dan bila buka laman web IPGTAA dan akhirnya saya LULUS dalam ex
am tue.. dalam website tue just bagitaw lulus atau gagal.. Walauapapun, saya tetap bersyukur kepada ilahi. Tahun depan tahun last menjadi guru pelatih dan akan menjadi guru sebenar dalam mendidik anak-anak bangsa. Borang posting dan semua berkaitan posting belum saya siapkan lagi. Saya akan cuba siapkan sebelum praktikum 3 bulan. Tahun depan mesti kehidupanku sebagai guru pelatih agak sibuk.. Saya suka kehidupan yang agak sibuk sebab saya tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang remeh dan saya akan stop dari tengok citer korea. Ada kawan ajak pergi Korea nanti.. hahaha jadi kene kumpul duit dari sekarang.. ( cukup ke duit nak pergi ke korea tue) i will miss my be-pu.. lepas graduate mesti kita bawa haluan masing-masingkan.. tapi our friendship never end. InsyaAllah ..eh.. da banyak saya mengarut kat page nie. Sebenarnya saya ingin berkongsi kekuasaan Tuhan yang ada di muka bumi ini.. : Mari kita lihat dan memikirkan kekuasaan Tuhan yang wujud di muka bumi supaya manusia berfikir:

POKOK 


POKOK DI GERMAN


ALLAH



POKOK SUJUD


SUBHANALLAH


POKOK MENYERUPAI HAIWAN


POKOK MENYERUPAI SESEORANG YANG SEDANG MENARI 


P/S: Alam dijadikan Allah sebagai bukti kewujudan dan kebesaranNYa...tetapi berapa ramai manusia yang memikirkan akan hal ini?

Perkahwinan antara Sayidina Ali dan Siti Fatimah Radiallahu 'anhuma

Fatimah alaihissalam adalah puteri Rasulullah s.a.w yang paling disayang ayahnya kerana disamping dia sebagai wanita yang zahid dari kehidupan duniawi, juga mengingatkan Rasulullah s.a.w dengan Khadijah radiallahuanha, dan dia pun sebagai ibu kepada Saidina Hasan dan Saidina Husin radiallahu anhum, buah hati Rasulullah s.a.w.

Fatimah mempunyai beberapa nama. Al Batuul, Az Zahroo, Ath Thoohiroh, Al Muthohharoh dan kelima Faathimah. Tatkala usianya telah meningkat dewasa, Rasulullah s.a.w merasa sedih melihatnya. Beliau berkata dalam hatinya, " Fatimah sudah tidak mempunyai ibu yang akan mengurus dan menyiapkan perkahwinannya.

Maka turunlah Jibrail alaihissalam, lantas berkata: "Wahai Muhammad, As Salaam (Allah) memberi salam kepadamu, dan mengatakan, 'Janganlah engkau berduka kerana Fatimah sebab Aku lebih menyintainya dibanding kecintaanmu kepadanya, maka serahkanlah urusan perkahwinannya kepadaKu! Aku akan mengahwinkannya dengan orang yang Aku cintai."

Lalu Rasulullah s.a.w bersujud sebagai pernyataan syukur terhadap Allah subhanahuwataala.

Kemudian turunlah Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail, setiap malaikat itu membawa bakul yang memakai tutup (bertutup), dan setiap malaikat ini diiringi oleh seribu malaikat. Mereka meletakkan bakul itu dihadapan Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w bertanya, "Apakah ini wahai Jibril?". 

Jibril menjawab,"Allah taala berkata, " Sesungguhnya Aku telah mengahwinkan Fatimah dengan Ali bin Abi Talib dan ini adalah pakaian syurgawi dan buah-buahannya, Aku pakaikan ia dengan pakaian ini dan Aku taburi dengan buah-buahan ini. 

Kemudian Rasulullah s.a.w sujud seraya berkata "Wahai Jibril, sesungguhnya Fatimah rela dengan apa yang aku relai. Aku suka seandainya hadiah-hadiah ini diberikan di akhirat sahaja tidak di dunia. Akan tetapi bagaimanakah gerangan kahwinnya Fatimah di langit itu?".

Jibril menjawab," Wahai Muhammad, bahawasanya Allah taala memerintahkan agar pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Kemudian Allah menghias Arash, Kursi, Pohon Tuba dan Sidratul Muntahaa. Lalu Allah memerintahkan Alghilman dan Alwildaan (pelayan-pelayan syurga) supaya mendirikan khemah di tiap-tiap istana, dan pada tiap-tiap kamar didirikan singgahsana-singgahsana, lantas mereka duduk pada jamuan pengantin Fatimah. Dan Allah memerintahkan pula kepada para malaikat muqorrobiin, ruhaaniyyiin, karuubiyyiin untuk berkumpul di bawah pohon Tuba. Kemudian Allah menghembuskan angin sepoi-sepoi di dalam syurga itu. Maka berguguranlah buah-buahannya, alkafoor, misik dan anbar ke atas para malaikat itu. Lalu Allah menyuruh kepada burung-burung syurga menyanyi. Maka bernyanyilah burung-burung itu, sedangkan pada bidadari menari-nari, pohon-pohon menaburkan perhiasan dan permata ke atas mereka.

Setelah itu Allah berkhutbah memuji diriNya dan berkata,"Sesungguhnya Aku telah mengahwinkan Maharatu seluruh wanita dengan Ali bin Ali Talib." Dan Allah berkata kepada Jibril, "Wahai Jibril, engkaulah sebagai wakil daripada Ali dan Aku sebagai wakil RasulKu Muhammad."

Allah mengahwinkannya dan aku (Jibril) menerimanya sebagai wakil Ali bin Abi Talib. Itulah akad nikahnya yang terjadi di langit. Maka akad nikahkanlah olehmu kembali di Bumi.

Maka Rasulullah lalu memberitahu hal itu kepada Saidina Ali karomallaahu wajhahu, juga kepada Fatimah radiallahu anha. 

Kemudian beliau mengumpulkan semua sahabatnya di dalam masjid. Lantas Jibril alaihissalam turun sambil mengatakan, "Sesungguhnya Allah menyuruh Ali agar membacakan khutbah nikahnya sendiri".

Lalau Rasulullah s.a.w meminta kepada Saidina Ali supaya dia sendiri membaca khutbah nikahnya. Maka berkatalah dia, "Segala puji bagi Allah yang Maha Tunggal di dalam keagungan dan kesempurnaan yang telah menciptakan manusia dan membagi-bagi tingkatan makhluknya, yang tidak mirip dengan sesuatu dan tidak ada yang mirip denganNya. Dialah yang telah mencipta hamba-hambaNya di dalam beberapa negeri, diberinya ilham kepada mereka agar dapat menucapkan tasbih dan pujian kepadaNya, maka mereka pun mengucapkan tasbih dan mensucikannya. Dialah Allah yang tidak ada tuhan selainNya, Dia menyuruh hamba-hambanya supaya nikah, maka mereka pun menerimanya. Segala puji bagi Allah atas semua nikmat kurniaNya. 

Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah, suatu kesaksian yang akan sampai kepadanya dan akan direlainya, dan akan menyelamatkan orang yang mengucapkannya pada hari setiap orang lari daripada saudaranya, daripada ibunya, daripada ayahnya, daripada sahabatnya dan daripada anaknya. Semoga selawat dan salam dari Allah untuk Saidina Muhammad An Nabiyil Ummi, yang telah dipilih dan direlaiNya sebagai penerima wahyu daripadaNya. Dan semoga rahmat Allah berlimpah ke atas keluarga, sahabat dan pencintaNya. Pernikahan itu adalah dengan apa yang ditetapkan dan diizinkan Allah. Saya sebagai hamba Allah dan putera hambaNya yang ingin akan keredhaan Allah melamar sebaik-baik wanita sealam semesta, saya berikan mahar untuknya sebanyak 400 dirham dengan tunai, apakah Tuan kahwinkan saya dengannya wahai Rasul Al Amin atas jejak rasul-rasul sebelummu?

Maka menjawablah Rasulullah s.a.w, "Aku kahwinkan Fatimah denganmu wahai Ali, dan Allah pun telah mengahwinkan, meredhai dan memilihmu."

Saidina Ali menyahut, "Saya terima daripada Allah dan daripadamu wahai Rasulullah". 

Tatkala Siti Fatimah mendengar bahawa mas kahwinnya adalah dirham, lalu dia berkata, "Wahai ayahku, bahawasanya semua anak perempuan orang memakai mas kahwin dengan dirham dan dinar, maka apakah bezanya antara orang itu denganmu? aku meminta agar mas kahwinku adalah berupa syafaat bagi orang yang maksiat di antara umatmu."

Lantas turunlah Jibril alaihissalam pada saat itu juga sambil membawa secarik sutera yang bertuliskan "Allah menjadikan mas kahwin Siti Fatimah Az Zahroo puteri Muhammad Al Musthofaa berupa syafaat bagi orang yang berdosa di antara umatnya.

Siti Fatimah berwasiat agar apabila dia meninggalkan dunia yang fana carikan sutera tersebut diletakkan pada kafannya, dia berkata "Jika aku dibangkitkan kelak di padang masyar maka aku akan mengangkat carikan sutera ini dan akan memberikan syafaat bagi umat ayahku".

Petikan daripada;
7 Rahsia Langit dan Bumi, Asy Sheikh Al Imamul Ajalu, Abu Nashr Muhammad bin Abdurrahman Al Hamdan. 2010.

Pilih setiap hari berpahala atau setiap saat berdosa?

Apakah bercinta  itu dosa? Ada sebuah hadis, mari kita fikirkan:
" Janganlah seorang lelaki berdua-duan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya." (Bukhari Muslim)

Pertanyaannya, apakah berkasih itu tidak berdua-duaan? ada sebuah hadis yang sangat layak untuk dibaca:
" Sungguh, jika kepada salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada kamu menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu."

Pertanyaan sekali lagi, apakah dalam berkasih tidak ada saling menyentuh? Alangkah indahnya bila kita dapat mengisi hari-hari dengan pahala. Memperbaiki diri dengan amalan sunah nabi. Kita masih muda, masih kuat dan masih penuh dengan semangat.

Dan alangkah menyesalnya jika di masa muda, kita sudah mengumpul banyak dosa. sedikit demi sedikit, hingga lambat laun jadi bukit. Kita berlindung pada Allah.

Thursday, December 9, 2010

IT`s Okay~

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua yg membaca post ini iaitu kenapa kita tidak seharusnya bersedih apabila dilanda suatu musibah, dan kesedihan??? Semua yang berlaku ada hikmahnya.. Sesetengah orang bila dia kecewa, sedih, marah, dengki ,..mereka selalu mengeluarkan kata-kata kesat dan memburukkan seseorang untuk menghilangkan tekanan.. sebenarnya perkara seperti ini tidak membawa erti atau kebaikan sebesar zarah pun tetapi akan merugikan diri sendiri. Hati kita tidak tenang dan munculnya sikap benci yang tidak membawa apa-apa keuntungan malah menambahkan dosa. Bersabarlah.. biarlah setiap yang berlaku itu dilepaskan dengan hati tenang dan menjawabnya.. IT`S Ok... Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Tuhan tidak akan sesekali menguji seseorang hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu di pikul oleh hambanYa.. ketahuilah dengan adanya pengalaman yang pahit, membuatkan kita menjadi lebih tabah dan bersyukur kerana tuhan memandang kita dan kita perlu membuktikan bahawa kita kuat dan masih boleh tersenyum apabila diuji.. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi. Jangan sesekali menyalahkan takdir atas sesuatu perkara yang berlaku.
Kawan-kawan....
Ketahuilah..
Kita akan rugi jika kita bersendirian, bersedih tanpa melakukan apa-apa yang berfaedah untuk diri kita.. masa depan kita bergantung kepada apa yang kita lakukan sekarang! Jika kita terus bersedih, adakah kita akan maju dan akan mempunyai masa depan yang cerah pada masa akan datang???

Fikir-fikirkanlah.. kita yang menentukan corak kehidupan kita sendiri... baik atau buruk?? Tepuk dada tanye iman.. ;)

'Everytime you worry about being a burden it sounds like you’re asking to be left alone. Why can’t you see the option like “it’s okay!” '