Wa.. sudah setahun x menjenguk blogku nie.. mcm2 perkara berlaku dalam setahun ini yang menjadikan aku lebih matang dan lebih mengenali asam garam kehidupan.. hidup ini indah dan seronok jika kita fikirkan keindahan dan sentiasa berfikiran positif dalam menjalani kehidupan seharian. Terus terang aku katakan.. aku pernah tersalah langkah dalam sesuatu perkara tetapi tidak bermakna aku gagal.. Aku pernah kecewa dalam percintaan..(rasenye x la frust menonggeng coz aku masih kuat dan bersyukur kerana aku masih selamat dari pergaulan dengan bukan muhrim.. ) Allah telah menyelamatkan ku dari cinta manusia yang penuh dengan tipu muslihat..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Bila ada sesuatu perkara yang berlaku.. tentu ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa.. aku lebih mengenali dan menjadi lebih kuat.. hehe~ Nak kate aku benci dia x la coz dia mengajar aku tentang realiti kehidupan.. kita akan bertemu org yang salah dulu sebelum bertemu mr right.. Jodoh semua di tangan tuhan.. Aku kini lebih berhati-hati dalam mengenali dan bersosial dengan kaum bukan sejenisku.. bukan serik tapi aku ingin mengambil pendekatan menjaga maruah diriku sebagai seorang wanita..
Cinta tidak kejam tapi banyak yang kita perolehi daripada cinta.. CINTALAH pada ilahi kerana tidak merugikan malah kita beruntung kerana sentiasa mengingatiNya..
ALLAH IS ALWAYS NO 1 IN MY HEART..
0 comments:
Post a Comment