Pages

Monday, October 17, 2011

Lamer x berblog..~ rindu pulak...

Assalamualaikum.. da lame da x tgk blog nie naseb baek x usang lagi dimakan waktu walaupown da menyepi selama beberapa bulan.. Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di bumi fana ini dan masih dalam keadaan sihat walafiat. Banyak berlaku peristiwa sepanjang  bulan nie.. antaranya ialah ibu bapa dan bapa saudara serta mak saudaraku telah selamat tiba di tanah suci dan aku amat berharap mereka dapat beribadah tanpa memikirkan urusan-urusan duniawi di sini.. Usah risau anak-anakmu akan menguruskan semuanya dengan baik.. baru kutaw rupanya penat menjadi suri rumah kerana sebelum nie kebanyakan kerja rumah dilakukan oleh ibu ku tanpa banyak soal.. baru ku taw penat ibu ku sentiasa memastikan rumah sentiasa kemas tetapi dia x pernah mengadu malah sentiasa tersenyum.. walaupown aku sudah mengambil alih tugas sebagai suri rumah dan aku perlu balik ke rumah setiap minggu untuk memastikan keadaan rumah sentiasa bersih, aku sangat gembira kerana dapat melakukan semua tugas dengan baik. Abangku pula akan memberi wang saku untuk membeli barang atau peralatan di rumah. hehehe.. Pernah dua malam aku tidur dirumah seorang diri kerana abang ku ada urusan di Putrajaya, adikku ada dinner manakala adik bongsuku ada kelas tambahan di sekolah.. Mula2 tue rasela seramnya tapi lama-kelamaan aku sudah lali dengan keadaan tue..(hahaha poyo je..) Alhamdulillah semua berada dalam keadaan yang selamat dengan doa dan tawakkal kepada Allah.  Hari esok ada motivasi. Penceramahnya ialah Fatimah Syarhan dan suaminya Dr Farhan.. x sabar rasanya untuk menunggu hari esok... keh3.. hope ilmu yang diberi oleh mereka dapat aku simpan dan aplikasi dalam kehidupan seharian.. InsyaAllah amin.. :) p/s: mulakan hari anda dengan senyuman.. hehe ^^

0 comments:

Post a Comment