Pages

Sunday, June 28, 2009

KEAMPUNAN IBU BAPA...






“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman: dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan: dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!”


BEBERAPA PENGAJARAN DOA…

Rasulullah s.a.w pernah menerangkan keutamaan mendoakan keampuanan kepada ibu bapa;

Sesusungguhnya Allah menaikkan darjat seorang lelaki yang soleh di syurga, lalu dia bertanya, “Wahai Tuhan! Kenapakah saya mendapat kelebihan ini?” Dijawab, “Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada kamu.”

Doa ini boleh dibaca pada bila-bila masa, termasuklah selepas solat…

Saturday, June 27, 2009

Biarlah Rahsia


Salam.. sekarang nie banyk mase terluang.. so sy wat sajak skit...khas untuk seseorang..Sape org tue?? biarla Rahsia.........




Adam,
Adakah kau tahu aku mula menyanyangimu..
Selama mengenali dirimu,

Telah muncul perasaan halus yang di hati ini…
Belum pernah bersua tapi
Sentiasa berkongsi suka duka bersama


Adam,..
Sungguh aku bersyukur kerana mengenalimu..
Pernah `declare` menjadi teman istimewa..

Walaupun tidak pernah melakukan perkara di luar batasan..
Tapi mesej tue bukan zina hati?

Bukankah hubungan ini tidak halal?

Begitu banyak peristiwa..
begitu banyak cerita..

Antara kau dan aku…

Suatu hari,

Setelah berbicara akhirnya telah berpakat..

Cukuplah hanya skadar teman biasa..
Soal Jodoh ketentuan Tuhan..

Aku pasrah dengan segalanya…

Mencari cinta ilahi yang pasti..


Adam,

Andai satu hari

Kita bersua rupa
Berbicara dan bercinta..
Adakah..
Kau terima diriku seadanya,

Aku bukannya wanita sempurna

Seperti mana luarannya
Diri ini terlalu banyak kelemahannya
Sukar untuk aku nyatakan………..

Adam,

Andai dirimu terima..

Sayangilah daku seperti dirimu..

Lindungilah dan bimbinglah daku Ke jalan yang diredhai..
Moga mendapat hidup yang berkat di dunia dan di akhirat..
Sekiranya kau…
memang tercipta untukku….



If you love someone so deeply,
lei it go..
If it comes back to you,
It`s yours forever to hold

If it doesn't
then you should know that it was never meant
to be yours at all..



p/s: Alamak!! nape tibe2 tulis bende alah nie.....?? what i`m thinking rite now?? blurrr...........


Thursday, June 25, 2009

5 Tahun 5 bulaN..





Assalamulaikum.. sy baru sahaja selesai membaca novel nie… best.. dalam cter nie bermula apabila Ana menjadi orang gaji dalam keluarga Encik Lafty..Sebenarnya En Lafty nie menawarkan orang gaji selama 3 bulan coz dier ade urusan di luar Negara.. So ape lagi ana nie cepat2 tawarkan diri untuk menjadi orang gaji.. Umur dier waktu dalam 19 tahun.. Ana nie dikehendaki kene jaga 3 orang anak En Lafty yg masih bersekolah iaitu Apeh, Nana dan Nina.. Semasa jadi orang gaji nie banyak pengalaman yang dilaluinya.. Antaranya kene siapkan makanan, kemas rumah yang sebelum ni dier sndiri ssuh nak basuh pinggan sebiji pown kat rumah.. Ana juga penah mengajar Apeh bio n Apeh nie berase pelik coz Ana nie hebat dlm biologi maklumla waktu skool dulu dier amek science stream.. Wak2 tue barulah Apeh sedar yang Ana nie bukan orang gaji biase.. yela dier terangkan kat Apeh system dalam peredaraan dalam bahasa Inggeris.!!. waktu tue bio belom bi lagi taw.. orang gaji dahsyat!!
Satu hari tue Along (anak sulung En Lafty) iaitu Afiq balik ke rumah.. terperanjat betol bler nampak Mak Aton (org gaji separuh mase) jadi muda balik.. rupe2nye yg ditengok tue Ana.. Along nie jarang pulang ke rumah coz bz ngan kj.. engineer la katekan.. disitulah bermulalah pengalaman yang mencabar buat Ana.. ye la dier di tochure oleh Along Serbia!! Along bg list menu makanan dari ari ahad sampaila sabtu.. mati kutu Ana.. pas2 komen masakan Ana x sedapla.. kurang manisla…. Nak bagi orang kene diabetes ke .. pening kepale Ana dibuatnye..
Akhirnya semua rahsia Ana pecah apabila dier terserempak dengan Along selepas interview medic University Araberdeen… rupe2nye Ana nie bukan calang2 orang gaji.. tapi bakal doctor.. ini lah bermulanYa kisah Ana sebagai pelajar medic dan dier kini semakin dewase.. Macam mane dier berdepan ngan Along??? Ha.. kalo nak taw bace novel nie ea..
Xnak cter panjang2.. yang bestnye ingat lagi dier gune ayat `..serabut petala ke lapan.. putus fiusla….` mmg sempoi abeh bahasa dier .. DBP boley pening kalo bace ayat dier nie..hee..Lagi 1 ader jugak hikayat Hang Jebat, Puteri Hang Li Jo la..(patutny puteri Hang Li Po..) mmg kelakarla..at the same time aku taw jugak fungsi surah Al-Insyirah tue n Ad-Dhuha untuk hilangkan perasaan resah.. Ade unsur2 agame 2 yg penting..:) Korang jgn rsau happy ending punye…………….

Saturday, June 20, 2009

RaHsiA KasiH SaYaNg BerDasaRkaN BuLaN..

Januari

- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
- Sukar setia pada yang satu.
- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.
- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Kurang beremosi terhadap pasangannya.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan
-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Persaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
- Berprasangka terhadap pasangan.
- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.
- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2
- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk dipujuk.
- Kurang suka untuk sentiasa bersama.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Cepat rasa bosan dalam percintaan.
- Kurang yakin dalam perhubungan.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai

- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Ogos

- Tidak serius dalam perhubungan
- Mengambil mudah dalam perhubungan
- Kesetiaan di ragui.
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sering bertukar pasangan
- Sukar mencari pilihan yang tepat
- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.

September

- Bersopan dalam hubungan
- bertolak ansur terhadap pasangan
- Suka mengkritik pasangan
- Sangat prihatin terhadap pasangan
- Sangat sensitif dan emosi
- Pandai memahami pasangan
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
- Amat memilih pasangan
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Sukar menerima pandangan pasangan.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.
- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November

- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Degil dan engkar dengan pasangan.
- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Tidak menghargai perhubungan.
- Sambil lewa dalam perhubungan.
- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
- Kurang bersama dengan pasangan.
- Pasangan Ideal: 4, 7

Disember

- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan
- Curang dalam percintaan.
- Kurang berkerjasama dengan pasangan.
- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.


P/S: JaNgaN PeRcaYe SaNgaT... Juz 4 FuN!!! Aku TerPiKir KeJaP... BetoL Ke Ni..(AKu CaKaP JaNgaN CaYe SaNgaT... DeGiL!!)

Wargh!!! da nak balek maktab... mulakan hari baru anda dengan senyuman..!!

Assalamualaikum..

tup..tap..tup.. tap..
celik mate tutup mate..
rupenyer ari nie da nak balik mktb....
rase sekejap je cuti....
rase nak cuti lagi..
2 la manusia sentiase rase tidak mencukupi dengan apa yang ada..
at least cuti 3 minggu nie bgs jugak coz ade org ssh nak dapat cut nak jumpe keluarga..
Wa.. aku ade azam baru nie...heeheee aku xnk jadi malas2 da mcm sem lepas.. Mase untuk berubah!!! (sokongla daku ea..)
Nway ni la last aku boley online kat umah lame2 x dapatla nak update slalu blog bler ade kat maktab.aku boley update kalo aku pinjam broadbn kat kawan2...
Tiket train kol 2 petang nie dan smpi kat maktab around kol 4.. doakan aku selamat sampai ok...........:)

Thursday, June 18, 2009

ADAM PIMPINLAH DAKU.....



Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam

Aku asalnya dari tulangmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Wahai Adam,

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaummku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah zaman cucu-cucunya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih daripada empat dalam satu waktu.

Wahai Adam

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun… Terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Wahai Adam

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah penguasa terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di Bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mestilah ditutup dari hujung kaki sampi hujung rambut.

Tapi … realitinya kini, Hawa telah lebih dari yang sepatutnya.

Wahai Adam

Mengapa kau biarkan aku begini. Aku jadi ibu,aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang di waktu yang sama. Aku ke muka menguruskan hal Negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja.

Ada

Diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Wahai Adam

Marahkah kau jika ku katakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM ? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu kata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang naïf ini.

Wahai Adam

Seharusya kau Tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?

Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Wahai Adam

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu

Akalmu sembilan,nafsumu satu. Aku.. akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam…. Pimpilah tanganku, kerana aku sering lupa , lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, pendengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Wahai Adam

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…

Maafkan aku sekali lagi Adam… seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu…. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu…

Tetapi… percayalah!!!!.... bukan berlian yang ku pinta…. Tetapi…. Hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam…..

Dengarkanlah…. Keluhan hatiku buat dirimu….wahai…ADAMku…