Pages

Friday, January 6, 2012

cute sangat :)

Thursday, January 5, 2012

Memaafkan dan melupakan.. itu kan lebih baik.. ?

Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan!



Ya, bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita dan MELUPAKAN perbuatan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.. Ia sangat mencabar..

Tetapi, jika kita ingin berjaya, kita perlu berubah ke arah positif dengan melupakan perkara-perkara negatif yang membelengu diri kita.. buang segala kebencian seterusnya memaafkan serta melupakan kesalahan mereka kepada kita.

Kata-kata ini seringkali kita dengar. Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari memaafkan seorang kawan? Hmm… hakikatnya org yg kita kasihi, sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul tak kawan-kawan?
Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa. Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang kawan yang anda kenali hati budinya, kasih dan sayang padanya, jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.
Pakar motivasi mengatakan orang yang dapat menyahut cabaran memaafkan orang lain adalah ORANG CEMERLANG!!!
Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seterusnya mengikis motivasi.
Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.

Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.
Dalam Islam juga menitik beratkan hal-hal pergaulan sesama manusia..kita tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau dalam kata lain, kita tidak boleh menyimpan dendam.



home alone..

Memandangkan nia sekarang nie dok umah tanam anggur.. so banyak nia abehkan mase seorang diri di rumah.. serius sunyi.. ye la mak, ayah abg semua koje.. dan nia?? nia??? suke dok berangan kat rumah nie seorang diri.. so kalo bangun pagi tue.. memang nia wat koje rutin macm kemas umah, basuh baju, hidai kaen, masak (x la sodap sangat tapi boleyh la nak makan..jangan risau x mati pown..) haha.,, surfing internet makan , tdo dan berhibernasi untuk menaikkan berat badan..(susah betol nak naekkan berat badan nie... rase makan da banyak) erm.. tiba-tiba terpikir yg lecturer penah ckp yang nia nie susah nk gemok even da kahwin dan ada anak pinak..(serius kembang jap perot biler dengar.. hahaha)

so hari nie.. nia ingat nak menghabiskan mase dengan membaca buku..
hobi nia memang sentiasa berubah.. tapi baca buku tue mmg favourite since skolah dulu.. lebih suke membaca buku berkaitan motivasi, perempuan, cinta, dan agama..
nia suke juga layan citer korea.. sebab cter dier x panjang.. (16 episod je).. tp walaopun banyak masa skrang nie.. da kurang layan cerita korea nie.. haha mayb belom tiba masa..
tapi duluu memang x suke langsung maen game.. sekarang kalo x wat ape.. mesti maen game kat ipad abang.. sori ea.. sebab selalu wat harta sendiri.. hehehe..

ape lagi nak merepek kat blog nie ea.. seriusly sangat berdebar nak tggu posting.. x sabar nk posting.. nak rase duit sendiri.. (dalam kepala otak nie.. da pkir macam2 da nak beli ape.... aii saniah.. beler la nak belajar jimat-cermat nie...???) x terpkir lagi nak jawab soklan tue.. hehe

erm.. sekarang nie teringin nak makan ais krim vanila.. yup nia memang suke vanila berbanding cokelat.. kalo ada dua pilihan nia akan pilih ais krim vanila... hehe jom makan ais krim!!! hope semua dalam keadaan yang happy skrang nie... senyum selalu..