Pages

Sunday, December 25, 2011

First Time wat muffin.. naseb baek jadi... tapi rasenye cam ne..?

Waktu cuti cam nie la.. rajin surfing internet.. dan tiba-tibe tertarik ngan resepi muffin cokelat nie.. so aku ingat nak try la wat muffin nie kat website www.babycakes2u.com

Aku sanggup beli bahan-bahan dier kat temerloh walaupown hari hujan yang sangat lebat.. betapa tingginya semangat aku.. (kalo bab makan memang semangat je..) hehehe

so.. resepinye mudah saje..

Bahan-bahan:


1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan gula perang
3 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum/tepung ros (tepung ros lagi sodap)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu serbuk koko
200 ml susu segar  vanila or chocolate- nia suke dutch lady cokelat punye.. hehe


Cara:
1. Panas oven pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit
2, Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas aduan
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji
4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan campur dalam aduan tadi.
5. Campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati
6. Paipkan adunan 3/4 ke dalam cup kertas dan letak choclate chip diatasnya.
7. Siap untuk dibakar. Bakar selama 20 minit 

p/s: nia memang ikut cara babycake wat.. sebijik!!
hehe

nie nea ad uploadkan beberapa gambar semasa membuat muffin.. 

Bahan-bahan yg digunakan

2 1/2 cawan tepung ros


3 sudu  besar koko


1/2 cawan butter cup


1 1/4 cawan gula perang



200 ml Susu segar cokelat dutch lady 


3 biji telor 



minyak jagung



baking powder


1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-cara nak buat:
1. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 15 minit
2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang seperti dibawah
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji,


 4. Tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko perlu diayak (sy x ayak pown sebab x dek bende ayak tue.. hahaha) dan campur dalam acuan tadi.. p/s: gambar terlupe nak amek.. hehe

 5. Campur susu segar berselang seli dengan tepung sehingga sebati.
6. Paipkan adunan 3/4 ke dalam cup kertas dan letak choclate chip diatasnya.
7. Bakar selama 20 minit,,


Da siap muffin!! jom makan.. nak wat topeng pown boleyh kalo rajin... selamat mencuba!!! hee sodap ;)



0 comments:

Post a Comment