Pages

Friday, December 23, 2011

Da Tua rupenye aku nie.. hehe

Pejam celik... pejam celik...
tik..tok..tik..tok...


masa berlalu dengan pantas!! da 5 tahun setengah da rupenye..
Baru aku tersedar.. aku da tamat pengajian aku sebagai guru pelatih di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan..

Pergh.. macam aku amek kos engineering, doktor pulak... tapi aku berasa sangat seronok semasa dalam pengajian kerana aku memperoleh banyak pengalaman.. Alhamdulillah aku selesai ambil KISSM, temuduga sah jawatan dan sekarang aku menjadi penganggur terhormat menunggu masa untuk diposting. Aku tidak kisah dimana akan dipostingkan sebab aku rasa dimana tempat itu adalah yang terbaek... :)

Erm.. ingat lagi 5 tahun setengah yang lepas, aku telah menerima tawaran masuk matrik di Arau tapi aku tolak kerana impian kedua ibu bapa ku ingin melihat aku menjadi seorang guru. Aku pernah bertanya kepada kedua ibu bapaku; "Kenapa nak kakngah jadi cikgu?' Mak aku selalu berpesan wanita sesuai dengan gelaran guru kerana guru mempunyai masa yang banyak untuk mendidik anak-anak nanti.. dalam hati aku. wow!! mak aku da fikir sampai peringakat anak-anak da.. waktu tue aku masih mentah dan tidak berfikiran jauh.. Pada masa yang sama, ada ex classmate aku mintak surat perjanjian matrik disebabkan oleh beliau tersalah isi borang perjanjian. Tanpa berfikir panjang aku pown memberi surat perjanjian kepada rakanku..

Terkejut  berok sebab aku tidak dapat penggilan pertama untuk memasuki IPGM.. aku tahu kesilapanku kerana terlalu yakin dengan result spm..(padahal tak la cemerlang mana.. haha).. Alhamdulillah kerana aku berjaya juga memasuki IPGM berkat doa kedua ibu bapa dan doaku.. kalo x ak x taw la aku kat mana sekarang nie.. hehehe..

well.. perkara pertama yang memalukan aku ialah aku salah masuk kelas.. poyos.. malu tahap petala kelapan.. da la aku leyh masuk kelas org hampir sebulan.. biler dapat surat tawaran ipg baru aku taw aku bukan kelas yg aku masuk.. mak aii.. besor jugak cubaan nie.. baru aku nak sesuaikan diri da kene tukar kelas.. erm.. mula2 mmg agak lama nak sesuaikan diri kat kelas baru.. tapi alhamdulillah kerana berkat sokongan rakan-rakan aku dapat menyesuaikan diri dekat kelas baru iaitu kelas PRA  MUZIK.. miss u all guys..




banyak benda yang aku blajor.. dari 0 smpila ad ilmu.. antaranya ialah mzik.. alhamdulillah banyak juga pengalaman aku berkaitan muzik nie sewaktu belajar kat IPGM.. antaranya ialah pasukan koir, nyanyian, maen rekoder dan kibod sampai leyh jadi lembut jari nie coz slalu maen kibod tengah malam sampai hantu pown lari.. hahaha.. yg paling  tak sangkanya aku boleh nyanyi.. sedap weyh sore aku..(hahaha perasan sendiri).. thnx kat semua pensyarah-penyarah sebab banyak menolong aku terutama pensyarah dari jabatan ilmu pendidikan yang sering membantuku iaitu En Rozman, Puan Roselita, En Che Lah, Cik Rusini, dan ramai lagi.. thnx sangat2 kerana mencurahkan pelbagai ilmu yang bermanfaat sehingga tamat pengajian. Jasa kalian tidak dapat ku balas hanya doaku sebagai balasan supaya kalian semua berbahagia di dunia dan diakhirat.

YUP.. Praktikum sampai fasa ketiga memberi saya pelbagai pengalaman suka duka dan pada masa ini saya belajar untuk menjadi seorang guru. Alhamdulillah pelbagai ilmu yang saya peroleh secara langsung dan tidak langsung semasa menjalani praktikum.. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam membantu saya dan memberi kerjasama.. Terima Kasih.. SK Clifford, SK Jeransang dan paling lama berpraktikum selama 3 bulan dan internship selama sebulan iaitu di SK Jerantut Jaya. Tahniah saya ucapkan kepada SK Jerantut Jaya kerana dapat menjadi anak angkat MAS.. ;)


Tipulah kalo saya kata tidak ada seorang pown yang menjadi pemangkin semangat ketika belajar di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.. Yes.. my dearesr friends.. thnx for being my good friends.. tanpa korang tiadalah saya untuk berdiri teguh.. well saya kenalkan my Best Friend Forever;


0 comments:

Post a Comment