Pages

Saturday, June 4, 2011

Bisik-bisik gelora by Fauziah Ashaari..

Salam semua..mula2 nak mengucapkan selamat bercuti kepada sasiapa yang sedang bercuti manakala selamat bekerja kepada semua yang sedang bekerja. Rase seronok sangat coz sedang menghayati cuti panjang.. Sepanjang cuti nie aku g jalan-jalan Kelantan dan Kuala Lumpur. So.. waktu cuti nie  banyak abehkan mase dengan family, layan cter korea , Nora Elena dan bace novel. Yup novel!!! lame gler x layan.. tp disebabkan aku terjumpe novel Bisik-bisik Gelora by Fauziah Ashaari yang novelnye pernah top dulu Ombak Rindu. So harapan ak novel baru beliau nie tidak mendukacitakan.. Yup baru pagi tadi da khatam bace novel nie.. memang besh.. ade kelainan tapi msti watak lelaki dalam novel tue jenis panas baran ek.. ape pown 5 bintang utk buku nie.. serba sedikit sinopsis dari novel ini:

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorg pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yg dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yg baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dlm penjara. Apakah yg terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dgn Jad?


Tidak mengahwinkan Arumi, mungkin anak gadisnya itu kian liar. Kini, sudah dikahwinkan, menantunya pula sudah menjadi 'menantu hantu'. ~ Tuan Akalil


"Oleh kerana kau pun dah berhenti kerja dan org pun tak tahu kau tu ada status isteri orang, apa kata kau tinggal aje kat rumah ni, tapi bukan sebagai isteri aku dan aku pun tak suka bela pelacur. Kau duduk sini jadi orang gaji aku!" ~ Jad Izzuddin


"Kalau setakat kau nak aku masuk bilik kau, layan kau, tak mengapa Jad, aku akur. Tapi aku tak akan benarkan kau lukakan hati anak aku sepanjang hidupnya. Jangan buat sistem barter dgn membabitkan perasaan Kif. Kif langsung tak salah apa-apa." ~Banin Arumi


-------
Saya suka mencari kelainan. Membaca novel dan melihat persekitaran memberi inspirasi untuk menulis rentetan hidup Banin Arumi dan Jad Izzudin. Kisah isteri yang tidak boleh menerima hakikat takdir jodohnya. Kisah seorg suami yg berdendam. Diselitkan juga beberapa hadis dan ayat alQuran sbg panduan. bisik-bisik gelora sememangnya mengasak daya, rasa dan minda! Insya Allah, jiwa yg lompang dapat diisi, diselami dan dijiwai. ~Fauziah Ashari~

0 comments:

Post a Comment