Pages

Tuesday, May 3, 2011

Macam Mana Kita Nak Jadi Baik??

Salam petang semua.  saya menulis coretan ini sambil mendengar lagu sedetik lebih yang dinyanyikan oleh Anuar Zain. Suke sangat lagu nie. Da jadi sebahagian lagu favourite saya.. hehe..love this song so much!! hari nie hari pertama saya kembali ke IPG setelah 3 bulan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya.Saya baru pas baca BEDUK DIKETUK yang dikarang oleh Pahrol Mohd Juoi. Pengarang nie memang famous dan merupakan seorang penulis kolumnis, ketua editor, pencipta lirik, perangka modul, penulis skrip, pengacara TV serta jurulatih yang mengendalikan program latihan dan motivasi.

Saya baru lepas baca tajuk Macam Mana Nak Jadi Baik..?? Yup tue persoalannya. Pernah dengar x ungkapan ini:

Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk memperbaiki manusia kita perlu membaiki hatinya, kita mesti bermula dengan membaiki solat. !


Selalu dengar orang kata; Macam mana nak baiki diri??? Salah satu untuk membaiki diri dengan bersolat.. Mengapa solat???nak jadi baik bukan??? Jadi orang yang baik itu adalah orang yang solat.


Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Rasulullah menegaskan, solat itu akan menyebabkan dia berhenti mencuri.


"Tapi kalau orang itu masih jahat juga setelah mengerjakan solat, bagaimana?" Jadi dia perlu memperbaiki mutu solatnya... bila solat dah baik, insyaAllah orang itu akan jadi baik".




HARDWARE DAN SOFTWARE....

" Bagaimana kita hendak perbaiki solat?" Mulakan dengan cari ilmu tentang kesempurnaan solat hardware dan softwarenya." Wa... ade jugak hardware dan sofwarenya???

hardware: tentang rukun fi'li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya.

sofware: rukun qauli, pada maknanya bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati.

Imam Ghazali: Jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, umpama mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa. 


NAK JADI BAIK MEMANG LAMBAT

"Nak jadi baik memang lambat. Membina mengambil masa, merentuh sekelip mata."


" bagaimana pula orang yang tidak mengerjakan solat?" Macam mana nak mereka jadi baik?


Ajak mereka bersolat....

"Kenapa orang tidak mahu atau malas mengerjakan solat?"


Orang yang enggan mengerjakan solat ialah apabila dia merasakan dia tidak memerlukan Allah dalam kehidupannya. Dia tidak nampak atau terasa keagungan, kekuatan, kekayaan, keilmuan dan lain-lain sifat kesempurnaan Allah. 


" Kenapa jadi begitu?"


"Orang tidak nampak kebesaran Allah, sebab dia tidak terasa kekerdilan dirinya. sebaliknya dia berasa dirinya yang lebih besar. Jadi, pergantungan, pengharapan dan kekaguman bukan kepada Allah, tetapi kepada tuhan-tuhan selain-Nya."



0 comments:

Post a Comment