Pages

Saturday, January 22, 2011

Nasihat ibu kepada anak gadisnya..


Masa anak2 cuma sebentar..rasanya baru beberapa waktu yang lalu ibu melahirkan kamu nak,mengajari kamu berjalan,mengenalkan kamu pada lingkungan..
baru kemarin ibu menggendong mu dengan nyanyian2 merdu,matamu mengejap2 bahagia,tertawa bermain bersama ibu.

Baru saja ibu antar kamu masuk sekolah Taman Kanak-kanak..kau genggam erat tangan ibu..sangat erat hingga ibu dapat merasakan kekhawatiranmu berada di lingkungan baru,punya teman2 baru,belajar bernyanyi dan menari..

Rasanya baru kemarin nak,tak terasa sekarang kamu sudah menjadi gadis remaja yang cantik,ibu tak pernah membayangkan akan secepat ini waktu berlalu..

Pada saatnya nanti kamu akan bertemu seseorang yg kamu sayangi selain ibu dan bapak,kamu akan lebih memilih menghabiskan waktu mu dengan org yg kamu cintai nak..
Tidak apa2,kami orang tua cukup memahami kondisi ini karena kami juga dulu pernah muda..tapi hanya satu pesan ibu nak

Pandai2lah membawa diri,diluar sana banyak sekali org2 yg tidak kamu kenal dengan baik, kalaupun kamu merasa 'mengenal' laki2 yg kamu cintai jangan sampai kamu serahkan dirimu padanya sebelum pernikahan terjadi..

Anak ku sayang,atas nama cinta seorang perempuan bisa menyerahkan kegadisannya pada laki2 yg dicintainya,atas nama sayang seorang perempuan bisa melupakan dosa atau tidak suatu perbuatan..jangan nak..ada Allah yg Maha melihat..

Kenikmatan itu hanya sekejap engkau rasakan,hanya sebentar..tapi akibat yg kamu tanggung adalah untuk seumur hidupmu.
Untuk laki2 yg kamu cintai?dia akan pergi dan tak ada yg bisa membuktikan bahwa dia sudah tidak perjaka lagi,tapi kamu nak?
Keperawanan yg terenggut dapat diperiksa di dokter kandungan,belum lagi jika engkau hamil..sementara bapak si jabang bayi pergi menghilang,kamu harus mengandung anak itu selama 9 bulan!..ya 9 bulan 10 hari tepatnya..selama itu kamu akan merasakan proses pembentukan bayi yg membuat kita merasa kurang nyaman,mual,muntah,pusing akan datang silih berganti,pada saat itu kamu akan sangat membutuhkan banyak perhatian dan kasih sayang,ibu akan ada disamping mu nak itu pasti..bapak akan selalu mendapingimu sayang..tapi laki2 yg menghamilimu?



Anak gadisku sayang..
kita ini perempuan,harus bisa menjaga kesucian diri,jika kita biarkan orang lain merenggutnya,maka derita itu akan kita bawa seumur hidup kita..

Berikanlah kegadisanmu pada suamimu seorang,karena dengannya kamu akan membangun mahligai rumah tangga,dengannya kamu akan mendidik anak2mu,dengannya kamu akan menggapai surga Illahi..

Berfikirlah panjang sebelum berbuat nak,semua ini ibu sampaikan karena ibu tak ingin anak ibu menderita,ibu ingin engkau bahagia..

sehingga jika Allah memanggil ibu..ibu dapat meninggalkanmu dengan senyum kebahagiaan..

Janji Iblis dan Fitnah Wanita....

Janji Iblis

Sesungguhnya Iblis akan sentiasa berusaha mengganggu dan menyesatkan keturunan Adam agar berpaling daripada kebenaran. Ia tidak akan membiarkan manusia itu beriman dan taat melakukan suruhan Allah SWT. Allah SWT mendedahkan janji Iblis ini dalam surah al-A’raf ayat 14 hingga 17,
maksud firman-Nya : Iblis berkata, “Berilah tempoh kepadaku (untuk menggoda manusia) hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).” Allah berfirman : “Sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu amsa yang tertentu).” Iblis berkata : “Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh-sungguh menghalangi mereka (daripada) jalan-Mu yang lurus. Kemudia aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka. (Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”

Fitnah wanita

Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki dengan sebab kaum wanita.”

Imam Muslim juga meriwayatkan dalah Sahihnya, daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kalian takut terhadap (godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita.”

Imam Muslim dalam Sahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn al-Zubair, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya wanita itu, ketika datang dari depan, dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula. Oleh sebab itu, jika salah seorang daropada kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian, maka hendaklah dia segera mendapatkan isterinya, dengan demikian itu dapat menolak (gejolak nafsu) yang ada dalam dirinya.”

Dalam satu hadis yang lain pula, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan akan menghias-hiasinya dan wanita yang paling dekat dengan rahmat Rabbnya adalah yang berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, dishahihkan Al Albani dalam Shahihul Jaami’)

wallahu a'alam

Friday, January 21, 2011

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar hari nie... ;)

wa.. sekarang da pukul 12.20 malam.. baru saya terpikir nak tidur awal malam nie coz penat sgt ptg td after kuliah terus cari rumah kat Jerantut td. Alhamdulillah saya da dapt umah sewa di Taman Inderapura.. terima kasih banyak-banyak kepada pensyarah-pensyarah yang sanggup menolong kami mencari umah sewa di daerah Jerantut. Jasa kalian amat saya hargai. Saya juga amat-amat berterima kasih kepada Biha dan Suha kerana menumpangkan kami ke rumah sewa.. Saya berasa sangat seronok kerana kawasan perumahan yang akan kami tinggal selama 3 bulan terletak di kawasan yang strategik. Ada Taman, pusat beli-belah, kedai-kedai makan dan yang paling penting kami boleh berjogging di sekitar taman tersebut. wa.. makin fitla ktaorang.. yang paling bes, saya dibenarkan bawa kete.. hehehe syiok abes.. hope sy akan bawa kete ngan berhati-hati..x leyh kalut!!!..seronoknya.. macam da keje pooolak.. hee ~~ alhamdulillah.... ;).. da pukul 12.30 tengah malam.. saya tidur dulu dan  berharap mimpi indah2 malam nie... insyaAllah ;))..

Saturday, January 15, 2011

~ Jumpa kawan lama (",)

Hari nie saya balik Temerloh lagi.. rasanya tiap-tiap minggu saya balik.. Kali nie saya balik sebab nak jumpe kawan-kawan lame.. Damn miss them so much!! Macam biasa saya jumpe my bff sejak tingkatan 1 sampailah sekarang.. hehe. Pada masa yang sama saya jumpa Divann, rakan sekolah rendah dan juga menengah..Kitaorang memang rapatlah..hahaha..  Dulu sangat-sangat berisi dan sekarang da kurus macam pelakon hindustan.. hehe :)).. lama x jumpe.. So kitaorang banyak abehkan masa dengan borak-borak dan bertukar cerita. Divan! thanx belanja kat white coffee tadi.. nanti kalao ad mase terluang kite jumpe lagi.. Setahun lagi abeh belaja then boleyh jadi doktor terus.. hehe.. Fiza, i miss u damn much.. walaupown sekejap je tapi banyak cerita kita kongsi. Fiza ok x nia drive td???? hope kalo ok nia nk bawa kerete kalau praktikum nanti.. hehe.. hope abang yat bagi pinjam kereta untuk mase 3 bulan nie... ;)) .. stay happy always~~


SWEET MEMORY.. ;))
FIZA, ME, DIVAN


FIZA AND ME


ME!! haha~

Saturday, January 8, 2011

Terbaeklah Rukun Kelab Tetabgga Taman Bahagia.. hehe~

Salam semua.. hari nie saya sampai rumah pada pukul 4 petang. Seronok dapat balik rumah.. dengan keadaanku yang kurang sihat, aku rasa di rumahlah tempat yang paling baik.. hehe.. semalam aku dapat berita daripada abang teh iaitu Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Bahagia, Temerloh telah dipilih sebagai KRT terbaik untuk negeri Pahang bagi tahun 2010 apabila kelab itu berjaya mengatasi 216 kelab lain.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah telah menyampaikan Sijil Penghargaan KRT Terbaik Pahang kepada wakil KRT Taman Bahagia dalam satu majlis di Temerloh Sabtu lalu.

Majlis tersebut diadakan untuk menghargai sumbangan dan kerjasama yang dijalankan oleh anggota KRT taman tersebut yang banyak terlibat dalam melakukan kerja-kerja pemantauan serta rondaan kawasan kediaman mereka.
Sumbangan aktif semua anggota KRT taman tersebut telah berjaya mengekalkan suasana keharmonian di kalangan penduduk dan masyarakat di kawasan berkenaan.


Thursday, January 6, 2011

Aku sakit..

Salam semua.. ari nie aku just nak bgtaw yang aku sakit.. suhu dalamanku semakin meningkat.. batukku x kebah2 lagi.. Ini mungkin suasanan yang sejuk melanda kuala lipis.. huhu .Aku duk tingkat empat macam duduk dibawah takat beku pulak. Kenapakah?? lembik betol aku semasa tahun baru tetapi aku gagahkan juga untuk menjadi kuat. Hope kesihatanku bertambah baik.. Ini mungkin Allah sayangkan aku coz nak buangkan dosa-dosa kecil. X elok mengeluh.. Aku terima dengan ikhlas ;).. balik rumah sok aku nak makan aloe vera. Aku x yakin sangat dengan ubat-ubat hospital nie.. biarlah sihat sendiri.. hehehe... (sebenarnya degil kot).. Ptg td layan cerita magika memang bez dan lawak.... doakan aku cepat sembuh...Jap lagi nak telan ubat batuk pas2 tidr ngan nyenyak tanpa batuk2.. hehehe  SANIAH AJA2 FIGHTING.. yosh!

Wednesday, January 5, 2011

2011.. Adakah aku semakin dewasa?

Salam.. sewaktu aku menulis blog ini, aku baru bangun je dari tidur.. ini disebabkan oleh makan ubat tidur dan menyebabakan  mangantuk tahap petala ke lapan. Hari ini baru bermulanya kuliah di maktab. Sem ini ada dua subjek iaitu kajian tindakan dan bimbingan dan kaunseling. Pada sem ini kami perlu menyediakan proposal. Alhamdulillah setelah masuk hari pertama di maktab, kami diminta untuk mengambil keputusan exam di SU Peperiksaan. Saya bersyukur kerana mendapat keputusan yang agak baik.Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada abang de dan abang teh kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Kak Ngah bangga dengan kamu.. haha..  Secara jujurnya, pointer tidak melambangkan kecemerlangan seseorang guru tetapi pengalaman yang ada yang terdapat pada seorang guru dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran menunjukkan kebolehan yang terdapat pada seorang guru. Saya sebagai guru pelatih masih banyak memerlukan bimbingan dan sokongan dari guru-guru senior untuk menjadi guru yang lebih baik dan cemerlang. 


Masih x terlambat lagi untuk mengucapkan skuad Harimau Malaya yang berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki.. Semua pemain memang mantap2 la... Saya tetap menjadi peminat bola sepak Malaysia.. da makin maju dan saya berharap mereka akan bermain dengan lebih baik lagi. InsyaAllah. 


Tahun 2011 ini ada banyak perancangan. Antaranya ingin bercuti dengan rakan-rakan di Sabah. (eyh biar betol ade duit ke) dah la semua membe2 aku nie boros2 kebanyakannya.. hehe .. Ada kawan ajak menonton konsert Maher Zain di Istana budaya. Mesti tiket mahal kan.. lagi satu mesti sibuk dengan aktiviti praktikum.
Aku sangat menyayangi kawan-kawan kerana mereka ada masa senang dan susah,.. tetapi aku sedikit pelik kerana ada sebilangan yang di anggap kawan tetapi tidak menolong kawan tetapi selalu buat sakit hati.. itu dikira kawan ke?? rasa macam nk padam terus sebab tiada kebaikan kalau berkawan orang seperti itu. Aku tidak ramai kawan tetapi kualiti atau nilai  yang terdapat pada rakanku  sangat tinggi dan aku sangat-sangat menghargainya. senyum-senyum selalu.. yeah minggu nie balik kampung... hehehe~