Pages

Wednesday, June 17, 2009

Novel..novel dan novel....

Assalamualaikum...

cuti da nak abeh.. so mase cuti nie aku banyak gunakan waktu dengan bace novel.. aku ni bukanlah minat sangat baca novel tapi disebabkan waktu yang free.. aku bacelah buku novel yang best2..

Antara novel2 yang aku abeskan ialah:
1. Salju Sakinah by Zaid Mokhtar
2. Rootop Rant by Hlovate
3. Andai itu takdirnya
4. Cinta Kau dan Aku
5. Tentang Dhiya...


>Salju Sakinah by Zaid Mokhtar..




Ini merupakan novel yang berunsur Islam yang diindahi dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan.. cerita ini mengisahkan Sumayyah iaitu muslimah yang menjadi kekuatan novel ini. Sifat Sumayyah yang tidak mengenal erti putus asa dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan iaitu daripada masyarakat sekeliling yang menaburkan fitnah dan juga dalam kehidupannya dalam memilih bakal suami sebagai peneman hidup..
cerita ini banyak membangkitkan aku supaya terus kuat mengahadapi cabaran dan dugaan. Saya juga belajar beberapa perkataan bahasa Arab walaupun tidak pernah belajar Bahasa Arab sebelum ini.. Novel ini juga menjadi best seller di Malaysia.. Ia juga menerangkan kisah seorang pelajar yang belajar di Tanah Arab dan kembali semula ke tanah air setelah tamat pengajian...Tak rugi bace cerita nie taw...Kawan-kawan yang ingin kelainan dalam pembacaan novel boleh bace buku ini..:)



ROOFTOP RANT BY HLOVATE





Cter ke dua yang aku bace waktu cuti nie ialah Rootop Rant.. Tajuk dier sgat unik.. first2 ingat mst novel orang putihkan..??hee.. actually aku taw pasal novel yang dikarang oleh Hlovate mst best2.. diorang kate kene jiwa.. so biler orang kate macam 2 aku pun teringin la nak bace novel tue.. so first time aku bace.. wow!! ade kelainan dalam novel nie.. nak taw ap?? dier x gune bahasa puitis tapi gune bahasa yang sempoi dan mudah difahami.. macam kter lak yang ade kat novel tue.. Aku nak citer sikitla cerite :

Selama ini dia sendirian tak pernah berteman bila mana dia duduk di tempatnya;di hujung sudut kanan untuk melakar awan dan melontar pandangan sejauhnya. Pilot Shaker dan sketchbook di tanganlah selama ini teman setia.Namun tiba-tiba ada yang bertandang tak diundang ke jajahannya entah jatuh dari langit mana.Lari dari segala kekusutan kepala ke sini untuk kini dikusutkan semula?Dia sendiri tak pasti segala yang berlaku ini membawa petanda apa.Dia;the Jaded Jade in the Middle katanya.



Bukan pelik kalau nak dikatakan dia hidup hanya sebagai jasad bernyawa.Sebab segala yang didengar telinga itu tak bawa makna dan yang dipandang mata itu kosong tanpa warna.Dia mencari tenang damai dengan meninggalkan realiti dunia nyata,untuk tenggelam dalam fikiran sendiri di dalam kepala.Hujung sudut kiri bumbung ini,itu kawasannya.Dia;Batrisya.



Di atas bumbung Wisma Topaz segalanya bermula.Tangga lapuk masam Wisma Topaz empat tingkat itu yang mula menghubungkan hidup keduanya.Bumbung kusam yang menadah awan tanpa atap itu yang menjadi telaga damai untuk menelah persoalan yang tak pernah ada hitam putih jawapannya.Tembok batu bisu di situ yang menjadi saksi kepada seribu satu harapan dan mimpi,cerita dan bicara.



Ini cerita sebuah bicara.



Bicara bumbung namanya


Sedutan bab 3 halaman 12:

“HYPOGLYCEMIC NI...” Doktor Fadhil menggumam sendiri. “Kurang gula dalam darah.” Dia mengangkat wajah memandang Jade. “Dia tak ada sakit lain, kan?”
“Saya tak kenal dia.” Jade menala pandangan ke arah budak yang masih terbaring tak sedar diri tu. “Tiba-tiba je rebah tengah jalan.” Buat terkejut aku aje budak punk ni. Ingatkan tadi dah mati. Nasib baik tingkat bawah ni ada klinik. Kalau tak, mau aku mati kutu dibuatnya.
“I see...” Doktor Fadhil mengangguk. “Awak tunggu sini dulu. Tolong daftarkan dia sekali? Awak ada identification dia?”
“Saya tak kenal dia.” Sekali lagi Jade mengulang. Doktor ni la pun.... Nak aku cakap Latin ke apa?
“Oh yes....” Doktor separuh umur tu mengangguk. Dia melangkah ke arah pesakitnya yang masih terlantar. “Cuba awak check beg dia tu.”
Beg sandang itu ditarik ke atas riba. Zip beg itu ditarik. Pandangannya jatuh ke atas yearly planner Reader’s Digest yang tunggang langgang di dalam beg dengan botol Davidoff, bekas pensel, Cause of Death – Patricia Cornwell dan pemetik api. Planner pipih itu ditarik keluar dan dibuka.
Matanya berlari meniti membaca dari balik cermin mata.

Personal data.
Name: Khairul Batrisya bt. Mazni
Batrisya. Binti. Mazni. Binti.
Mata Jade bulat. Dia menala pandangan ke arah budak tu.
She’s a girl!!!

p/s: teringat Jade and Trisy.. so nice!! bangkit untuk berjaya dalam kehidupan!!
Yg penting dalam cter ni ader mesej+nasihat+semangat+percintaan+most important ader unsur-unsur agame.. Syabas 2 Hlovate!!

0 comments:

Post a Comment